Dua bekas timbalan ketua AMK kesal dengan kenyataan Dr
Mahathir Mohamad mengenai isu peralihan kuasa dalam penyerahan jawatan
perdana menteri kepada presiden PKR itu.
"Kenyataan terbaru Mahathir ini jelas menunjukkan pendirian beliau yang berbelit - belit dalam isu transisi PM 7 ke PM 8.
"Baru sebulan yang lalu beliau mengesahkan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) lah yang akan memutuskan. Inilah amalan di negara kita selama ini mengikut semangat Westminster System.
"Kenapa Mahathir perlu berbelit-belit dalam hal ini? Apa sebenarnya yang Che Det mahukan?" Soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Lepas sidang Apec Nov
Dr Mahathir telah
berulang kali berkata beliau akan menunaikan janjinya, pada Disember
lalu, perdana menteri membayangkan ia akan berlaku selepas sidang
kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) pada November tahun ini.
Anwar pula pada bulan lalu menggesa para pemimpin PH menghentikan polemik itu dan mahukan isu itu diselesaikan secara baik, susulan beberapa anggota parlimen PKR yang mendesak satu tarikh jelas ditetapkan untuk ia berlaku.
Pada masa sama, PAS bercadang membawa usul undi percaya di parlimen bagi menyatakan sokongan agar Mahathir kekal sebagai perdana menteri untuk penggal ini.
Dalam pada itu, Sahabat Anwar Ibrahim berkata isu peralihan kuasa perlu dimuktamadkan secara jelas kerana ia membabitkan kestabilan negara.
Jelasnya, keadaan ekonomi negara masih tidak ketentuan dan memberi kesan kepada rakyat meskipun hampir dua tahun PH mentadbir negara.

"Kepastian dan kejelasan isu transisi perdana menteri dan keabsahan Majlis Presiden PH pastinya memberikan kestabilan politik dan akhirnya membantu pertumbuhan ekonomi.
“Memang mana ada diktator itu insaf kata seorang rakan di Indonesia. Semoga ini tidak berlaku di tanahair kita," kata kenyataan itu.
Untuk rekod, sesi Dewan Rakyat seterusnya akan bersidang bermula 9 Mac ini.
Pada masa ini, PKR adalah parti terbesar di Dewan Rakyat dengan 47 anggota parlimen, disusuli dengan DAP (42), Bersatu (26) dan Amanah (11). Sekutu PH iaitu Warisan memiliki sembilan anggota parlimen.
Bagaimanapun, perseteruan dalaman antara Anwar dengan timbalannya Mohamed Azmin Ali membangkitkan persoalan sama ada anggota parlimen Port Dickson itu mendapat sokongan daripada kesemua 47 anggota parlimen partinya.
Mengikut persefahaman dicapai antara pemimpin parti komponen PH menjelang PRU ke-14 hampir dua tahun lalu, Dr Mahathir dicalonkan sebagai perdana menteri bagi menumbangkan Najib Razak.
Mahathir kemudian dikatakan bakal berundur untuk memberi ruang kepada Anwar - yang sebelum itu menjadi calon perdana menteri bagi PKR, DAP dan Amanah.
Penubuhan Bersatu dan penyertaan parti itu ke dalam PH menyaksikan pembangkang ketika itu - Pakatan Rakyat - menukar strategi dengan menawarkan kepimpinan Mahathir yang sebelum ini pernah menjadi perdana menteri selepas lebih 20 tahun.
Selepas membentuk kerajaan pusat pada Mei 2018, sesetengah pemimpin PKR mendesak agar ada tarikh yang jelas ditetapkan untuk peralihan kuasa daripada Mahathir, 94, kepada Anwar, 72.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan