HALAMAN SANTAI
Rabu, 26 Februari 2020
Kronologi Mudah Memahami Krisis Politik Ciptaan PH Sendiri…
KUALA LUMPUR – Isu kegagalan mengurus rakyat dan negara dengan baik terutama menunaikan janji-janji manifesto, perebutan jawatan Perdana Menteri (PM), perpecahan dalaman hingga tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam tempoh tidak sampai setengah penggal mentadbir adalah hasil dari tangan mereka sendiri.
Berhubung dengan kemelut dan suasana semasa politik tanah air itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam Facebooknya memberikan kronologi yang mudah untuk difahami oleh rakyat mengenai krisis politik ciptaan PH sendiri.
Berikut merupakan kronologi bagaimana krisis politik ciptaan PH:
1. PKR, Dap dan Pan Desak Tun M (Tun Dr Mahathir Mohamad) serah ‘takhta’ PM kepada Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim).
2. PPBM ugut keluar PH jika desakan diteruskan.
3. 11 Ahli Parlimen isytihar keluar PKR.
4. PPBM isytihar keluar PH.
5. Tun M isytihar letak jawatan PM dan Pengerusi PPBM; secara rasmi Kerajaan PH terbubar.
6. Bursa Malaysia rugi RM43 bilion angkara krisis politik ini.
7. Blok Pembangkang dijemput tubuh Kerajaan Perpaduan atas nama nak pertahan Islam, Melayu-Bumiputera dan juga menyelamatkan ekonomi negara.
8. Atas dasar tanggungjawab moral, UMNO dan PAS setuju bersyarat iaitu Kerajaan Perpaduan tanpa Dap.
9. Menyedari di ambang hilangnya kuasa, PKR, Dap dan Pan buat ‘U-TURN’, sokong Tun M kembali menerajui PM sehingga tamat penggal.
10. Tun M panggil Presiden UMNO dan PAS untuk bentuk Kerajaan Perpaduan melibatkan semua parti termasuk Dap, dan diberikan kuasa penuh kepada Tun M membentuk Kabinet atas nama individu tidak mewakili parti (menjadikan Tun M berkuasa mutlak).
11. UMNO dan PAS menolak kerana daripada awal bersetuju untuk bersama dalam Kerajaan Perpaduan jika tidak melibatkan Dap.
12. UMNO, PAS, MCA, MIC dan PBRS membuat kenyataan media mengesyorkan supaya jalan terbaik terhadap krisis politik angkara perbalahan dahsyat di kalangan parti-parti PH berebut ‘takhta’ PM tanpa berkesudahan hanya dengan cara menyerahkan kembali mandat kepada rakyat iaitu melalui Pilihan Raya Umum. – UMNO ONLINE
#BubarParlimen
#SuaraRakyatSuaraKeramat
#SalahkanUMNO
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan