HALAMAN SANTAI

Rabu, 26 Februari 2020

Sultan Johor dijangka bertemu kesemua ADUN petang ini

Wartawan MalaysiaGazette
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
 
JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dijangka bertemu dengan kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ini di Bukit Timbalan hari ini.

Pertemuan yang dijangka bermula pada pukul 2 petang itu dipercayai berkaitan dengan perkembangan politik semasa termasuk di negeri ini.

Kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor buat masa ini terdiri daripada Barisan Nasional (BN) (16), Pas (1), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) (11), DAP (14), Amanah (9) dan PKR (5).

Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr Hasni Mohammad berkata, kesemua 16 ADUN BN dan Pas (1)  sudah menandatangani Akuan Bersumpah (SD) untuk menyokong pembentukan kerajaan baharu di negeri itu.

Beliau berkata, beliau juga yakin kesemua 11 ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga akan bersetuju untuk menandatangani SD tersebut. – MalaysiaGazette.

Tiada ulasan: