KUALA LUMPUR: Pakej Rangsangan
Ekonomi 2020 yang begitu dinanti-nantikan, yang dijadual diumumkan pada
Khamis, akan menjadi acara rasmi pertama bagi Tun Dr Mahathir Mohamad
sebagai Perdana Menteri interim.
Pakej rangsangan itu akan diumumkan di Putrajaya pada 4 petang Khamis.
Keperluan untuk memperkenalkan pakej rangsangan itu dicadangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan seawal Januari bagi mengurangkan impak negatif daripada penularan COVID-19 ke atas ekonomi Malaysia selain memelihara kebajikan rakyat.
Antara lainnya, ia dijangka menumpukan kepada penggunaan, pelaburan dan sektor pelancongan selain merangsang ekonomi dan perjalanan domestik, yang terjejas akibat penularan wabak itu.

BACA: Pakej rangsangan ekonomi diumumkan tidak lama lagi - Dr Mahathir
Kementerian Kewangan, pada Selasa, menyatakan bahawa pakej rangsangan ekonomi akan diumumkan oleh Dr Mahathir atas kapasiti beliau sebagai perdana menteri interim.
Kementerian Kewangan, pada Selasa, menyatakan bahawa pakej rangsangan ekonomi akan diumumkan oleh Dr Mahathir atas kapasiti beliau sebagai perdana menteri interim.
Atas nasihat Dr Mahathir, Seri Paduka juga menarik balik pelantikan semua menteri.
Dalam satu kenyataan tiga perenggan, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali berkata semasa tempoh interim itu, Dr Mahathir akan menguruskan pentadbiran negara sehingga pelantikan perdana menteri baharu dan pembentukan kabinet baharu.
Malaysia bukan satu-satunya negara ASEAN yang merancang pakej rangsangan untuk menangani kebimbangan COVID-19. Kementerian Kewangan Thailand juga akan mencadangkan pakej rangsangan ekonomi baharu kepada kabinet pada pertengahan Mac. -- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan