HALAMAN SANTAI

Isnin, 24 Februari 2020

Empat pemimpin utama PH bersemuka

Harits Asyraf Hasnan, Astro Awani
Empat pemimpin utama PH bersemuka
Kediaman Tun Dr Mahathir dikawal ketat sejak semalam. - Foto Astro AWANI
 

KUALA LUMPUR: Pemimpin utama Pakatan Harapan hari ini berjumpa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di kediamannjya di Seri Kembangan hari ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng masuk ke kawasan kediaman ini sekitar jam 10.45 pagi.

Pertemuan keempat-empat pemimpin itu dipercayai bagi membincangkan berkenaan hala tuju pakatan tersebut selepas beberapa siri mesyuarat melibatkan parti politik di negara ini berlangsung semalam.

Malah, para pemimpin Bersatu termasuk Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berjumpa dengan wakil rakyat dari UMNO dan Pas di sebuah hotel di Petaling Jaya semalam.

BACA: Apa maksud 5 mesyuarat politik diadakan serentak hari ini?

BACA: "Kita dikejutkan dengan pengkhianatan" - Anwar ulas perkembangan terbaharu politik

BACA: Anwar Ibrahim mengadap Agong hari ini

Dr Mahathir yang dijadual masuk ke pejabatnya sekitar 9.30 pagi telah membatalkan semua mesyuarat yang telah dijadualkan hari ini.

Tiada ulasan: