HALAMAN SANTAI

Isnin, 24 Februari 2020

Ia rampasan kuasa gagal, kata Khalid

Khalid Samad yakin Dr Mahathir Mohamad tidak terbabit dalam 
‘rampasan kuasa gagal’.
 
PUTRAJAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad menyifatkan pertemuan politik semalam ialah cubaan menjatuhkan Pakatan Harapan yang gagal.

Katanya, sekarang jelas Dr Mahathir Mohamad tidak ke Istana Negara atau menyertai berpuluh pemimpin politik di sebuah hotel di Petaling Jaya semalam dengan jangkaan pertukaran kerajaan diumumkan.

“Saya mahu membuat pengisytiharan ini adalah coup d’etat yang gagal. Usaha pintu belakang ini tidak akan berjaya melainkan jika Mahathir terlibat,” katanya pada majlis pelancaran Fiesta Belon Panas Antarabangsa Putrajaya hari ini.

Khalid yang juga pengarah komunikasi Amanah, dikatakan antara individu menggesa Mahathir menetapkan tarikh untuk penyerahan kuasa kepada Anwar Ibrahim pada mesyuarat Majlis Presiden PH Jumaat lalu.

Semalam, Lembah Klang “sibuk” dengan cakap-cakap Mahathir akan memimpin satu langkah politik untuk menyingkirkan DAP daripada PH yang meraih kemenangan bersejarah pada pilihan raya umum Mei 2018.

Langkah itu dikatakan bertujuan menghalang cita-cita Anwar menjadi perdana menteri.

Puluhan ahli Parlimen dan pemimpin PPBM, PAS serta Umno berkumpul di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, di mana Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan penyokongnya mengadakan pertemuan sebelum itu.

Pada masa sama, penyokong Anwar pula berkumpul di rumahnya di Bukit Segambut untuk solat hajat dan doa selamat di mana beliau mengesahkan wujud cubaan untuk mengkhianati PH.

Anwar dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara petang ini.

Tiada ulasan: