HALAMAN SANTAI

Selasa, 25 Februari 2020

Pemimpin tiba saat Agong rangka pelan kerajaan baru




KUALA LUMPUR: Beberapa blok politik bertemu Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara hari ini bagi membentuk kerajaan baru susulan tumbangnya Pakatan Harapan semalam.

Sentiasa mengikuti laman ini untuk berita terkini:



1.23 petang: Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertemu pemberita yang menunggu kehadiran pemimpin negara sejak pagi untuk mengadapnya.
“Saya amat prihatian, sila bersabar. Biar saya jalankan tugas saya. Saya juga berharap akan dapat mencari jalan penyelesaian,” katanya di pintu Istana Negara.



12.50 petang: Yang di-Pertuan Agong akan bertemu dengan semua 222 ahli Dewan Rakyat dalam tempoh 2 hari akan datang sebelum perdana menteri baru diputuskan, Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin memberitahu media. Ini adalah kali pertama amalan sedemikian dilaksanakan di peringkat persekutuan. Kumpulan pertama 90 ahli Parlimen akan bertemu Agong pada jam 2.30 petang hari ini manakala selebihnya esok.

12.40 petang: Bekas perdana menteri Najib Razak dijangka tiba untuk menghadap Agong, menurut pembantunya.

 

11:56 pagi: Bekas menteri pendidikan yang juga ahli Majlis Tertinggi PPBM, Maszlee Malik menyapa pemberita sebelum memasuki Istana Negara.

 

11.40 pagi: Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah memasuki pintu istana. Pemimpin lain yang tiba awal di istana ialah Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dan Peguam Negara Tommy Thomas.

Tiada ulasan: