HALAMAN SANTAI

Khamis, 27 Februari 2020

Sindir Agong, Rafizi Terlalu Melampau… Tempelak Dr Asyraf





KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menempelak Rafizi Ramli yang menyindir keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda (KDYMM SBP) Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjamu para media.

“Melampau sangat si Rafizi ni! Kalau ya pun tak sabar-sabar nak lihat Bosnya Anwar Ibrahim naik menjadi Perdana Menteri, usahlah mengeluarkan status seolah-olah memperolok-olok dan memerli Tuanku KDYMM SBP Yang di-Pertuan Agong yang prihatin mengagihkan McD (Mc Donalds) kepada para wartawan yang berpanas dan bertugas di luar pagar istana,” tegasnya dalam satu hantaran di Facebook.

Seterusnya, Dr Asyraf juga membidas di mana kelibat Rafizi ketika negara yang semakin rosak ketika di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Di mana kamu selama 21 bulan kerajaan PH menipu rakyat hasil pelbagai formula yang kamu cetuskan untuk menghasut rakyat membenci kerajaan BN (Barisan Nasional) terdahulu? Soalnya lagi.

Rafizi, Naib Presiden PKR yang mengumumkan bersara dari arena politik pada Dis tahun lalu, di Twitternya meninggalkan ciapan berikut:

“Mengikut saintis, makanan segera boleh rosakkan daya ingatan. Pengajaran: 1) Lunch mingguan dgn anak & isteri di McD mungkin kena semak semula 2) Media yg dpt fastfood dari Agong jgn sampai terlupa apa nak lapor 3) Makanlah keropok lekor & satar ikan, lebih protein.”

Tidak henti di situ, berkaitan dengan kemelut semasa politik tanah air sekarang, di satu ciapannya juga mengaitkan dengan Yang di-Pertuan Agong.

“Bila kucar kacir, ini peluang baik utk berniaga. Kpd yg sedang menganggur atau bakal menganggur, boleh cuba cari kerja dgn platform AI http://adnexio.jobs Anda akan ditemuduga oleh robot (bkn Agong). Kpd majikan, boleh iklan kerja kosong secara percuma”. – UMNO ONLINE

LIHAT TWITTTER DI SINI

Tiada ulasan: