HALAMAN SANTAI

Rabu, 26 Februari 2020

LANGSUNG: Semua MP Bersatu diarah sokong Dr M

WARTAWAN MALAYSIAKINI



LANGSUNG | Malaysiakini melaporkan perkembangan terkini mengenai keadaan politik semasa berikutan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan semalam.

Baca laporan langsung Malaysiakini pada 23 Feb (Ahad), 24 Feb (Isnin) dan 25 Feb (Selasa).

Jika anda suka laporan kami, sokong media bebas dengan melanggan Malaysiakini dengan harga serendah RM0.55 sehari. Maklumat lanjut di sini.

LANGSUNG

Adun Machap kekal bersama PKR

1 tengah hari: Adun Machap Ginie Lim - daripada kem Azmin - berkata beliau akan terus bersama PKR untuk meneruskan mandat rakyat.

“Saya akan jalankan tugas sehingga habis penggal,” katanya kepada pemberita, seperti dirakam dalam video China Press.


Anwar tinggalkan istana

12.49 tengah hari - Anwar Ibrahim tinggalkan istana sambil disambut laungan “reformasi” dan “tolak pengkhianat” oleh pengiringnya.



Semua MP Bersatu diarah sokong Dr M

12.40 tengah hari: Ketua Penerangan Bersatu Radzi Jidin memberitahu kesemua 26 anggota parlimen parti itu diarahkan untuk menyokong Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Radzi berkata, mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi dua hari lalu turut memutuskan untuk menolak peletakan jawatan Mahathir sebagai pengerusi.

"Semua MP Bersatu mengadap Yang di-Pertuan Agong pagi ini untuk menyatakan sokongan kepada Mahathir untuk jadi perdana menteri.

"Anggota Bersatu diminta bertenang dan yakin dengan pimpinan parti untuk menangani keadaan politik semasa.

"Kami yakin keadaan ini akan selesai dengan kadar segera," katanya.



Dr M mesyuarat dengan Kementerian Kewangan

12.40 tengah hari: Putrajaya - Sementara perhatian bertumpu di Istana Negara, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengadakan mesyuarat dengan pegawai Kementerian Kewangan berhubung pelan stimulus ekonomi, di Putrajaya.

Menurut Twitter Mahathir, pelan itu akan diumumkan tak lama lagi.


 

Tiada ulasan: