HALAMAN SANTAI

Isnin, 24 Februari 2020

BN, Pas adakan perjumpaan tertutup

Mohammad Arif Nizam
MGF240220_MESYUARAT-BN05
Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berjalan keluar pada Mesyuarat Perjumpaan Barisan Tertinggi Barisan Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK
 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Pas mengadakan perjumpaan tertutup di Restoran Riverside di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam ini.

Perjumpaan yang bermula pukul 9 malam itu menyaksikan kehadiran pemimpin seperti Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Turut menyertai perjumpaan itu adalah Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Timbalan Presiden MIC, Datuk M Saravanan.

Pihak media yang sebelum itu berada di dalam restoran itu bagaimanapun diarahkan keluar sebelum perjumpaan bermula.

Sejurus berada di luar, pintu restoran ditutup serta-merta dan setiap individu yang masuk akan diperiksa oleh Polis Bantuan. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: