HALAMAN SANTAI

Rabu, 26 Februari 2020

22 bulan PH Memerintah, Terlalu Banyak Kejutan Termasuk Kereta Terbang Akhirnya…

Azlina Rosdy




KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penawar Dr. Azam Rauzan berkata, sepanjang 22 bulan Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara, terlalu banyak kejutan yang dibuat oleh mereka.

Jelas beliau, kini apabila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir meletak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu, ia juga merupakan satu kejutan namun apa yang pasti ia mempunyai maksud yang tersirat.

“22 bulan, ada sahaja kejutan yang dibuat termasuklah isu kereta terbang dan senario yang berlaku hari ini juga adalah satu kejutan… bila Tun letak jawatan sebagai Perdana Menteri, itu perkara biasa cuma bila Tun letak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu maka ia mengundang sesuatu yang tersirat dan tersurat.

“Mesti ada sebab Tun berbuat demikian kerana Tun tidak boleh berdiri sebagai bakal perdana menteri tanpa parti. Kita tidak tahu apa niat Tun yang sebenarnya namun jika kita berbalik kepada prinsip berparlimen dan demokrasi, kita tidak boleh berbuat sesuka hati.

“Jika tidak boleh selesaikan masalah ini maka kita harus serahkan kepada rakyat untuk kembali memilih,” ujar beliau ketika menjadi tetamu jemputan dalam Program Hujah anjuran Penerangan UMNO Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook, UMNO-Online, malam tadi.

Bagi Pensyarah Univerti Utuara Malaysia (UUM) Prof Dr. Kamarul Yusoff pula, mesti ada sebab mengapa Bersatu dan 11 Ahli Parlimen PKR keluar daripada PH.


“… dan sekarang apabila Tun lari daripada perancangan asal yang diuar-uarkan iaitu mahu menubuhkan ‘unity government’, maka bersediakah mereka yang keluar ini kembali kepada kumpulan asal? Ini benar-benar menimbulkan tanda tanya.
“Kalau ikutkan perancangan asal untuk kerajaan campuran, UMNO dan PAS telah pun bersetuju tetapi telah menegaskan UMNO dan PAS menyokong Tun sekiranya tanpa Dap bersama, tapi bila timbul ura-ura kerjasama yang akan dibentuk melibatkan semua pihak termasuk Dap maka lagi timbul tanda tanya yang besar bagaimana cadangan perpaduan ini dapat dilakukan.

“Jadi, logiklah desakan UMNO dan PAS untuk Tuanku Agong umumkan pilihan raya, kembalikan hak rakyat untuk memilih,” tegas beliau.

Dalam program yang sama, Profesional Muda Shafiq Fahdly berkata, apa yang terjadi dalam dunia politik negara sekarang ini secara tidak langsung mendedahkan karektor dan rupa sebenar individu bernama Tun Dr. Mahathir Mohamad.



Jelas beliau, ramai yang menganggap Tun sebagai seorang negarawan ulung tetapi di satu sisi lain Tun sebenarnya adalah seorang ‘self centric’ iaitu yang memikirkan dirinya melebihi orang lain demi mengukuhkan kuasa dan kedudukannya sendiri.

“Kalau kita baca sejarah bagaimana Tun naik dalam politik ini dan selepas itu berlaku tempoh pemerintahan selama 22 tahun bagaimana kerajaan dan rakyat ketika itu perlu mengikut kata Tun, tidak boleh melawan, kalau melawan akan ditangkap, dipenjarakan dan sebagainya.

“Selepas memerintah selama 22 tahun, Tun buat keputusan untuk berundur tetapi pera
lihan kuasa itu juga diganggu. Ketika Tun Abdullah dan Datuk Seri Najib mentadbir, mereka diganggu dan akhirnya Tun naik semula sebagai Perdana Menteri dan beliau tinggalkan segala prinsipnya apabila musuh-musuh diambil untuk bersama dia kerana yang penting adalah dapat berkuasa.

“Maka, apa yang terjadi hari ini terbukti bagaimana Tun cuba untuk membuat sesuatu demi manfaat dirinya bukan untuk manfaat rakyat dan negara tetapi semata-mata untuk menentukan bagaimana dirinya boleh lebih stabil dan boleh memberikan arahan dalam konteks kuku besi… inilah karektor Tun,” katanya lagi. – UMNO ONLINE

Tiada ulasan: