HALAMAN SANTAI

Isnin, 24 Februari 2020

Dua tiga nyamuk nanti kita ‘bunuh’ – Abdullah Sani

Nizam Zain
MGF23022020_MAJLIS-TAHLIL-DS-ANWAR-IBRAHIM_17
Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid bercakap kepada media di kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL
 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani membidas sikap segelintir pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang menjadi pengkhianat parti walaupun sudah membentuk kerajaan.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan siapa individu terbabit namun memberi jaminan pengkhianat itu akan dihukum oleh rakyat.

“Inilah pengkhianat sebenar yang telah mengkhianati amanah rakyat yang memberi sokongan kepada PH.

“Mereka telah masuk ikut pintu belakang, apa punya celaka mereka ini.

“Kita tunggu dan bersiap sedia sebarang kemungkinan. Dua tiga ekor nyamuk ini nanti kita akan bunuh,” katanya kepada pemberita di luar pekarangan kediaman Presiden PKR di Bukit Segambut, di sini, malam ini.

Terdahulu Abdullah Sani antara ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPN) Keadilan yang hadir ke Majlis Zikir, Selawat Nuril Anwar, Bacaan Yaasin dan Solat Hajat di kediaman Anwar.

Turut hadir Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; Ahli Parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew.

Hadir sama bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali.

Sementara itu, Yee Kew ketika ditanya berhubung program itu, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Buat masa ini tak ada sebarang perkembangan, masih tunggu sebelum apa-apa keputusan diambil,” katanya secara ringkas sebenar bergegas pulang. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: