HALAMAN SANTAI

Isnin, 24 Februari 2020

Tak semua 11 Ahli Parlimen PKR ikut Azmin

Khairuddin Mohd Amin
MGF08122019_PKR-203020
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali


KUALA LUMPUR – Berita 11 Ahli Parlimen PKR kelur parti yang diketuai oleh Timbalan Presiden yang dipecat, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didakwa tidak benar.

Menurut sumber, tidak semua 11 Ahli Parlimen yang disenaraikan oleh Azmin benar-benar mahu meninggalkan parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

“Tidak benar kesemua 11 orang yang disenaraikan nama mereka dalam kenyataan media (Datuk Seri) Azmin Ali itu bersetuju untuk keluar parti,” kata sumber itu kepada MalaysiaGazette.

Seramai 11 Ahli-Ahli Parlimen PKR hari ini mengisytiharkan keluar parti dan muafakat Pakatan Harapan bagi membentuk sebuah blok bebas di Parlimen.

Mereka ialah:

1. YB Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Ahli Parlimen Gombak
2. YB Puan Hajjah Zuraida Kamaruddin
Ahli Parlimen Ampang
3. YB Datuk Saifuddin Abdullah
Ahli Parlimen Indera Mahkota
4. YB Baru Bian
Ahli Parlimen Selangau
5. YB Datuk Kamaruddin Jaffar
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak

6. YB Datuk Mansor Othman
Ahli Parlimen Nibong Tebal
7. YB Datuk Rashid Hasnon
Ahli Parlimen Batu Pahat
8. YB Datuk Seri Dr. Santhara Kumar
Ahli Parlimen Segamat
9. YB Ali Biju
Ahli Parlimen Saratok
10. YB Willie Mongin
Ahli Parlimen Puncak Borneo

11. YB Jonathan Yasin
Ahli Parlimen Ranau – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: