HALAMAN SANTAI
Khamis, 27 Februari 2020
UMNO-PAS Tandatangan SD Sokong Muhyiddin Tidak Benar, Tetap Pendirian Bubar Parlimen
KUALA LUMPUR – UMNO dan PAS tetap dengan pendirian memohon perkenan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong supaya Parlimen dibubarkan, agar rakyat dapat membuat penyelesaian muktamad kepada masalah yang sedang dihadapi pada masa ini.
Demikian tegas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa melalui satu kenyataan media berhubung laporan sebuah akhbar hari ini.
Dilaporkan, ‘The Star’ telah menyatakan ahli Parlimen PAS dan UMNO telah menandatangani SD menamakan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai calon Perdana Menteri.
“Laporan tersebut adalah tidak benar. UMNO dan PAS tetap dengan pendirian memohon perkenan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong supaya Parlimen dibubarkan, agar rakyat dapat membuat penyelesaian muktamad kepada masalah yang sedang dihadapi pada masa ini.
“Sebarang kenyataan lain berhubung perakar ini hanya akan dikeluarkan secara rasmi sama ada oleh Presiden atau Setiausaha Agung UMNO,” katanya lagi. – UMNO Online
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan