HALAMAN SANTAI

Selasa, 25 Februari 2020

Ketua Penerangan UMNO Selar Kenyataan Berniat Jahat Malaysiakini

UMNO ONLINE




KUALA LUMPUR– Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menafikan telah mengeluarkan kenyataan yang disiarkan oleh portal Malaysiakini mengenai situasi politik negara terkini.



Tegas Ahli Parlimen Lenggong itu, UMNO konsisten menolak sebarang kerjasama dengan Dap atau mana-mana pemimpin atau parti yang ada kaitan dengan Dap.

“Malaysiakini berniat jahat dan saya minta Malaysiakini segera menarik semula kenyataan berita ini,” gesanya dalam satu respon ringkas mengenai penularan satu keratan gambar di Facebook portal tersebut.

Dr Shamsul dalam satu kenyataannya sebelum ini berkata UMNO sangat tegas dan konsisten dengan prinsip serta ideologi yang menjadi asas dan pegangan parti.
Ulasnya, UMNO tetap menolak pembentukan kerajaan dan apa juga perkara yang ada hubungan dengan Dap termasuk mana-mana pemimpin yang bersekongkol dengan Dap.
Jelasnya juga, Dap adalah sebuah parti yang sangat rasis dan tidak boleh dipercayai, selain kerosakan negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan kehancuran kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebenarnya berpunca daripada Dap.

Seterusnya, Dr Shamsul memberi amaran kepada Dap agar jangan menuding jari menyalahkan UMNO atas kehancuran PH. – UMNO ONLINE

Tiada ulasan: