HALAMAN SANTAI

Khamis, 27 Februari 2020

LANGSUNG: Khalid ajak MP Bersatu kembali pada PH

WARTAWAN MALAYSIAKINI




LANGSUNG | Kemelut penjajaran semula kuasa politik negara memasuki hari kelima. Ia bermula dengan cubaan mengalih kuasa yang gagal pada Ahad lalu.

Semalam perdana menteri interim, Dr Mahathir Mohamad, membayangkan apa akan berlaku dalam tempoh sehari dua ini, iaitu membentuk kerajaan yang melangkaui sempadan parti.

LANGSUNG

3.55 petang: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, mengenang semula bagaimana partinya, Amanah, menyerahkan kerusi parlimen Titiwangsa kepada Bersatu walaupun sudah bekerja di kawasan itu untuk PRU14.

Menerusi ciapan di Twitter, Khalid berkata, ketika itu Bersatu tidak memiliki jentera untuk menggerakkan parti itu di Titiwangsam sebaliknya yang berusaha ialah Amanah, PKR dan DAP.

Justeru, kata Khalid, wajar Ahli Parlimen Titiwangsa, Rina Harun, kembali bersama PH dan bertindak jujur terhadap pengundi yang memilihnya pada PRU lalu.
"Saya seru YB Rina, sila kembali bersama PH dan bertindak jujur terhadap pengundi dan warga Wilayah Persekutuan. Mandat (dulu) untuk PH," katanya.

Sebelum itu Khalid turut menciap bagaimana Amanah memberi laluan kepada Bersatu di Muar untuk mencalonkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman walaupun mereka diyakini mempunyai peluang cerah di kawasan tersebut.

Asalnya, kata Khalid, Muar merupakan kubu kuat Umno namun keadaan berubah selepas digempur PH.

"Calon PKR ada, sokongan kuat, tetapi serah kepada Bersatu walaupun ada potensi untuk menang.

"Syed (Saddiq) menang dengan majoriti 6,000! Daripada 22,000 undi Syed Saddiq, hampir 80 peratus (undi) adalah daripada PKR, Amanah, DAP," ciapnya.



3.50 petang: Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, keluar dari bangunan Perdana Putra selepas berada di sana kira-kira 75 minit.

Beliau meninggalkan pekarangan bangunan yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri itu pada jam 3.35 petang.

Malaysiakini difahamkan keberadaan Muhyiddin di Perdana Putra adalah atas permintaan Dr Mahathir.



3.30 petang: Di sebalik kedudukan yang agak rapuh di Melaka, Umno kelihatan masih belum mendapat jumlah yang diperlukan bagi menjatuhkan PH.

Pengerusi Umno Melaka, Ab Rauf Yusoh, berkata pihaknya sedang menunggu "sekiranya ada perubahan" dalam pendirian Adun di negeri tersebut.

Pada masa sama beliau juga membayangkan Umno masih berusaha mendapatkan sokongan melalui
 perakuan bersumpah (SD) dalam kalangan Adun Melaka.

"Kita kena buktikan semua SD berada di tangan kita untuk diserahkan kepada Yang di-Pertua Negeri.

"Kami (sedang) usahakan (tapi) kami tiada jangka masa. Sehingga mana-mana pihak dapat membuktikan kekuatan majoriti, maka pihak itulah akan membentuk kerajaan negeri.

"Umno juga sedang menunggu sekiranya ada perkembangan terbaru untuk menyerahkan SD membuktikan bahawa kami mempunyai jumlah majoriti yang munasabah bagi membentuk kerajaan negeri," katanya.

Beliau juga meminta orang ramai tunggu dan lihat.

"Insya-Allah kami akan buktikan kepada Yang di-Pertua Negeri dalam masa terdekat," katanya.

Pada masa sama Ab Rauf meminta PH membuktikan gabungan itu memiliki sokongan yang mencukupi bagi terus menjadi kerajaan dengan menyerahkan SD kepada Yang di-Pertua Negeri.



3.30 petang: Di Hotel Eastin, Petaling Jaya, Presiden PKR Anwar Ibrahim memberi gambaran pelbagai kemungkinan boleh berlaku mengenai hubungan PH dengan Bersatu.

"Kami berubah dari sehari ke sehari," katanya ketika ditanya mengenai kemungkinan untuk PH akan menerima Bersatu dalam gabungan itu semula.

Sebelum ini Anwar merujuk Bersatu sebagai "bekas rakan" ekoran cubaan mendapatkan kuasa - yang setakat ini gagal - dilakukan pada Ahad lalu.

Di sebalik keadaan semasa, Anwar bagaimanapun memberitahu PH tidak akan mendekati Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini dilantik menjadi pengerusi gabungan mereka.

"Hal itu tak berbangkit. Kami adalah PH, beliau meninggalkan PH," katanya.



3.20 petang: Bekas timbalan menteri belia dan sukan, Steven Sim berkata beliau akan menggunakan wang sendiri untuk membayar gaji kakitangannya yang kehilangan kerja ekoran kejatuhan kerajaan PH.

"Bekerja dengan jawatan politik melibatkan risiko kerjaya dan kehidupan yang tak stabil.

"Seorang daripada mereka meletak jawatan sebagai wartawan untuk menyertai saya dua bulan lalu.

"Tarikh 24 Feb adalah hari pertama dia bekerja, dan juga menjadi hari terakhirnya bertugas.

"Saya beritahu dia, saya akan pastikan dia mendapat gaji untuk dua bulan akan datang, menggunakan wang poket saya," katanya.



2.55 petang: Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, berkata jika kerajaan perpaduan dicadangkan, ia mestilah dibina atas gabungan PH.

Kata ahli parlimen Iskandar Puteri itu, walaupun idea mengenainya menarik dan wajar dipertimbangan semua bangsa di negara ini, masih ada aspek yang perlu diberi perhatian.

"Ada satu perkara yang jelas: Tiada kerajaan perpaduan boleh diwujudkan atas pengkhianatan, penipuan, rasuah, pembelotan mandat rakyat atau mempromosikan perpecahan negara.

"Cara yang ideal untuk menubuhkan kerajaan perpaduan kebangsaan ialah membinanya atas gabungan PH dan meyakinkan semua parti politik dan entiti lain untuk bersama-sama demi
kepentingan negara untuk membina Malaysia baru berdasarkan mandat pada PRU14," katanya dalam satu keyataan hari ini.

2.35 petang: Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Arifai Tarawe, menafikan pihaknya sedang mengadakan persiapan untuk menjelang pilihan raya umum.

Kenyataan itu dibuat ekoran tularnya gambar didakwa borang senarai kekuatan sumber manusia di semua bahagian dan balai di Gombak.

Kata Arifai, maklumat pada gambar itu adalah khilaf dan tidak tepat.

"Penugasan yang dimaksudkan adalah untuk menjaga keamanan bukannya PRU.

"Siasatan sedang dibuat terhadap pihak yang bertanggungjawab dan bagi mengenal pasti pihak-pihak yang menyebarkannya," katanya.

Orang ramai dinasihat agar berhenti menyebarkan gambar serta maklumat tersebut kerana siasatan mengenainya sedang dijalankan.



2.25 petang: Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, tiba di pintu masuk Perdana Putra yang menempatkan pejabat perdana menteri.



2.10 petang: Di Pulau Pinang dua Adun Bersatu - Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang) menyatakan mereka komited menyokong kerajaan negeri yang ditadbir PH.

"Kami tidak keluar Bersatu (hanya) parti kami meninggalkan PH," kata Zolkifly.

Sementara itu Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata kedua-dua Adun terbabit bertemu dengan beliau kira-kira jam 1 petang tadi.

"Semasa pertemuan tersebut Adun terbabit menyatakan komitmen mereka menyokong kerajaan PH," katanya.
Chow berbual bersama Zolkifly (kiri) dan Khaliq Mehtab
Dalam perjumpaan tersebut, kedua-dua ADUN berkaitan terus komited menyatakan sokongan terhadap YAB Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang.

Chow juga berkata status quo Adun Bertam dan Telok Bahang ekal sehingga ada keputusan lanjut dari Putrajaya kelak.

Untuk rekod sejak 2012 Pulau Pinang memiliki undang-undang antilompat parti bagi mengekang tindakan wakil rakyat bertukar parti atau menjadi Adun bebas.

 SAMBUNGAN BERITA SILA KLIK DI SINI


Tiada ulasan: