UMNO ONLINE
KUALA
LUMPUR – Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein
berkata beliau langsung tidak terkejut dengan pengumuman dividen
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dicatatkan sebagai paling
rendah sejak 11 tahun lalu.
Kerajaan Pakatan (PH) bidasnya boleh mereka cipta pelbagai alasan untuk tutup kelemahan.
“Namun
hakikatnya, inilah padahnya bila negara diterajui PH yang lebih rakus
bersandiwara politik, bergaduh tentang kepimpinan seterusnya dan
bertelagah sesama sendiri berbanding memikirkan kepentingan negara.
“Cuma, saya bimbang dan tertanya-tanya, apa lagi episod hitam selepas
ini. Sebelum ini hibah Tabung Haji (TH) dan dividen Lembaga Tabung
Angkatan Tentera (LTAT) terendah dalam sejarah.
Baru-baru ini Bank
Negara umum pertumbuhan ekonomi negara terburuk dalam tempoh sedekad.
Empat hari lepas aset TH umum dijual.
“Yang saya sebut ini hanya sebahagian dan kesemuanya berlaku dalam
tempoh tak sampai dua tahun PH memerintah,” tegasnya dalam satu hantaran
di Facebook.
Dalam satu kenyataan semalam, KWSP mengumumkan dividen 2019 pada 5.45
peratus bagi Simpanan Konvensional melibatkan agihan RM41.68 bilion
manakala bagi Simpanan Shariah 2019, KWSP mengumumkan dividen 5 peratus
melibatkan agihan RM4.14 bilion.
Lebih menjengkelkan selar Hishammuddin, Menteri Kewangan Dap Lim Guan
Eng, dalam bab kemunduran ekonomi, ketidakyakinan pelabur dan kelemahan
pengurusan kewangan langsung tidak berasa salah.
“Tetapi kalau persoal tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM), desak
polis bebaskan suspek pengganas, dialah juaranya,” tempelaknya lagi. – UMNO ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan