Katanya, semua wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) mempunyai kewajipan untuk memberikan komitmen mereka kepada pengundi yang telah meletakkan kepercayaan kepada mereka, sekali gus memberi kemenangan kepada PH dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.
"Pelbagai cabaran masih perlu diselesaikan dan pelbagai polisi reformasi masih lagi belum terlaksana seperti kesaksamaan ekonomi, pilihan raya bersih dan bebas dan pembasmian penyelewangan dari setiap lapisan masyarakat kita.
Katanya, wakil rakyat harus kekal komited dengan visi untuk menumpukan perhatian terhadap ekonomi dan kegelisahan rakyat, seperti peningkatan harga barangan dan pembasmian kemiskinan; serta menghormati mandat yang diberi rakyat kepada kerajaan semasa dan memberi ruang untuk ia mentadbir sepenuhnya.
"Sekiranya pengstrukturan semula diperlukan, ia hanya boleh dilakukan secara bersekali. Semangat perjuangan PH untuk memastikan kemakmuran bersama dan melaksanakan reformasi mesti dikekalkan.
"Sebarang perubahan yang lain tidak boleh dilaksanakan melainkan melalui proses demokrasi. Sebarang percubaan melakukan sebaliknya adalah bertentangan dengan kehendak rakyat," tambahnya.
Maria mengeluarkan kenyataan tersebut susulan perkembangan politik negara yang menyaksikan seakan-akan satu krisis ketika ini, yang memungkinkan terjadinya pertukaran pakatan memerintah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan