HALAMAN SANTAI

Rabu, 26 Februari 2020

Negara akan muncul lebih gagah bawah kepimpinan Tun M – Bersatu

Wartawan MalaysiaGazette
MGF29122018_UCAPAN-DASAR-TUN-M08
Dr. Mahathir Mohamad


KUALA LUMPUR – “Negara kita akan muncul lebih gagah dan bersatu padu di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad.”

Itu harapan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kata Ketua Penerangannya, Dr. Radzi Jidin yang berharap situasi politik sekarang dapat diselesaikan dengan segera.

Menurutnya, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu menyatakan sokongan penuh kepada Mahathir sebagai perdana menteri dan menolak peletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi Bersatu.
Mohd. Radzi. Md. Jidin
Mohd. Radzi Jidin
Ketetapan itu dibuat dalam mesyuarat MPT yang dipengerusikan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin lalu.

Menurut Radzi, Muhyiddin juga telah mengadakan pertemuan dengan semua ahli parlimen Bersatu untuk menyampaikan keputusan parti dan berharap supaya mereka terus memberikan kepercayaan kepada Mahathir sebagai perdana menteri.

“Kesemua Ahli Dewan Rakyat Bersatu menghadap Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada pagi ini untuk menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, ahli-ahli Bersatu juga diminta bertenang dan memberikan keyakinan penuh kepada kepimpinan parti untuk menangani situasi politik semasa. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: