KUALA
LUMPUR – Tidak pun sampai dua tahun memerintah negara, kerajaan
Pakatan Harapan (PH) 1.0 yang terkenal dengan beberapa menteri
kabinetnya menggunakan sijil palsu sudah menjahanamkan negara.
Demikian tempelak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam satu lontaran di Facebook.
“Akibat dasar-dasar kerajaan PH 1.0 dulu untuk menaikkan defisit
negara dengan perbelanjaan tahunan yang jauh lebih tinggi banding masa
BN (Barisan Nasional), menaikkan nisbah Hutang negara dengan banyak,
menghapuskan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan), menjarah RM104
bilion rizab tunai Petronas; dan ketidakstabilan politik mereka.
“Malaysia sekarang ada pada keadaan yang berisiko tinggi kerana ruang fiskal sudah berkurang,” tegasnya lagi.
Ahli Parlimen Pekan itu juga bimbang mengenai tren pergerakan harga minyak mentah dunia yang semakin menurun.
“Saya bimbang Malaysia akan menghadapi cabaran yang amat besar jika
harga minyak dunia jatuh ke bawah US$30 seperti apa yang berlaku pada
tahun 2016.
“Jangan kata ini tidak akan berulang lagi pada situasi wabak koronavirus sekarang,” bidasnya lagi. – UMNO ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan