HALAMAN SANTAI

Isnin, 24 Februari 2020

Najib sokong gabungan parti baharu tetapi ada syarat

Wartawan MalaysiaGazette
MGF05122019_PAU-201914-1
Datuk Seri Najib Razak


KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan telah menandatangani akuan berkanun (SD) bagi membolehkan Tun Dr. Mahathir Mohamad membentuk gabungan parti baharu yang dinamakan Perikatan Nasional.

Bercakap kepada portal The Malaya Post, Najib berkata, beliau dan ahli-ahli Parlimen UMNO yang lain sudah bersetuju dengan gabungan baharu tersebut bagaimanapun meletakkan syarat tertentu.

Namun begitu, tiada penjelasan lanjut mengenai syarat-syarat tersebut, dilaporkan.

“Ya, saya sudah tandatangan, namun bersyarat,” katanya.

Perikatan Nasional bakal dianggotai oleh Bersatu, UMNO, Pas, Warisan dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang sekali gus menyaksikan PKR, DAP dan Amanah terkeluar daripada gabungan terbaharu itu.-MalaysiaGazette

Tiada ulasan: