HALAMAN SANTAI

Rabu, 26 Februari 2020

Saya minta diberi masa tetapi Bersatu putus mahu keluar PH – Tun M

Wartawan MalaysiaGazette
mahathir-live-rtm-260220-1
Tun Mahathir Mohamad semasa siaran perutusan khas secara langsung di stesen televisyen hari ini.

 
KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui mempunyai banyak sebab mengapa beliau melepaskan jawatan perdana menteri.

Namun, Perdana Menteri Interim itu hanya mahu berkongsi yang beliau merasakan kononnya mendapat sokongan daripada semua pihak sehingga beliau tidak dapat memilih pihak yang mana.
Selain itu, tuduhan bahawa beliau tidak berniat untuk melepaskan jawatan dan gila kuasa.

“Maka saya letak jawatan kerana saya tidak melihat kuasa atau jawatan itu sebagai ‘be all and end all’ adalah matlamat saya. Bagi saya kuasa dan kedudukan itu adalah ‘a means to an end’ ataupun satu alat untuk mencapai objektif. Dan objektif kita semua tentulah untuk kebaikan negara,” kata Mahathir dalam perutusan khas yang disiarkan di RTM sebentar tadi.

Tambah Mahathir, disebabkan itu beliau meletak jawatan kerana beliau beliau nampak bagi orang politik yang terpenting ialah parti mana yang memerintah, sama ada yang kalah atau yang menang.

“Sebenarnya saya telah janji akan letak jawatan untuk memberi peluang kepada Dewan Rakyat menentukan siapa yang akan mengganti saya. Jika benarlah saya masih disokong saya akan kembali. Jika tidak saya akan terima siapa sahaja yang dipilih.

“Jadi peluang untuk menukar kepimpinan memang ada. Hanya saya berpendapat oleh kerana saya disokong oleh kedua-dua pihak, masa untuk saya letak jawatan belum tiba.

“Saya minta diberi masa. Tetapi parti saya, Bersatu memutuskan untuk keluar dari Pakatan Harapan. Ada juga ahli dari parti komponen lain yang akan keluar. Dengan perlakuan ini Kerajaan Pakatan Harapan akan gugur.

“Kesannya jika Bersatu sokong Pas dan UMNO maka parti-parti yang kalahlah yang akan diri Kerajaan. Kerajaan ini akan didominasi oleh UMNO sebagai parti yang terbesar.

“Saya sanggup terima ahli UMNO yang keluar UMNO dan menyertai parti lain. Tetapi UMNO akan sertai Kerajaan campuran ini sebagai Parti UMNO. Ini tidak dapat diterima oleh saya. Maka terpaksalah saya letak jawatan,” katanya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: