Pengarah Perikanan Terengganu, Zawawi Ali berkata, tiga lagi pantai berkenaan ialah Pantai Batu Buruk di Kuala Terengganu, Pantai Rhu 10 di Setiu dan Pantai Bukit Keluang di Besut.
“Sehubungan itu, kita menasihatkan pengunjung agar tidak bermandi-manda di kawasan pantai (negeri ini) buat masa ini kerana dikhuatiri terkena sengatan obor-obor ini.
Pada awal bulan ini, media melaporkan mengenai obor-obor beracun itu yang ditemui terdampar di Pantai Pulau Kekabu, Marang oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Marang ketika sedang menjalani Latihan Penyelamat Pantai di situ.
Mengulas lanjut, Zawawi berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) di daerah yang merekodkan penemuan obor-obor itu perlu meletakkan bendera merah dan papan tanda di lokasi terbabit sebagai tanda amaran kewujudan obor-obor beracun di kawasan itu.
Orang ramai yang menemui obor-obor ini perlu melaporkannya kepada Jabatan Perikanan atau Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk tindakan lanjut dengan melupuskannya mengikut prosedur,” katanya.
Zawawi berkata, nelayan tempatan mendakwa obor-obor itu pernah ditemui di perairan Pulau Kapas sejak empat tahun lepas namun tiada bukti yang dapat mengesahkannya.— BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan