Jumaat hari ini, bermakna kemelut perebutan kuasa politik ekoran penjajaran kuasa yang cuba dilakukan sejak Ahad lalu memasuki hari keenam.
Semalam perdana menteri interim, Dr Mahathir Mohamad, berkata hal itu akan cuba diselesaikan di Dewan Rakyat melalui sidang khas pada 2 Mac.
Bermakna, keadaan tidak menentu sekarang akan berlanjutan sekurang-kurangnya untuk empat hari lagi.
Malaysiakini sekali lagi membawa secara langsung perkembangan ini.
2.45pm: Beberapa pemimpin kanan PH kelihatan di Hotel Eastin di Petaling Jaya. Antaranya Saifuddin Nasution Ismail, Dr Dzulkefly Ahmad, Khalid Samad, Gobind Singh Deo dan Anthony Loke.
Sebelum ini beredar mesej dalam WhatsApp mendakwa Majlis Presiden PH akan bertemu dan memberi taklimat kepada penyokong mereka di situ pada jam 3 petang.
Bagaimanapun pegawai PH berkata, mesej itu palsu.
Ketua Penerangan PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata mereka hadir di situ hanya untuk menghadiri mesyuarat harian biasa.
2.40 petang:
Ekoran keputusan Speaker Dewan Rakyat menolak untuk mengadakan sidang
khas Isnin ini, seorang pemimpin kanan Umno berkata, itu menjadi petanda
jelas bahawa sekarang masa terbaik untuk Dr Mahathir Mohamad berundur.
Mengiringi
kenyataan itu ialah gambar surat jawaban daripada Speaker Dewan Rakyat,
Mohamad Ariff Md Yusof, mengenai keputusan beliau untuk tidak
mengadakan sidang pada 2 Mac ini seperti yang diumum Mahathir.
2 petang:
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon berkata tidak akan membubarkan
Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana sudah mendapat “mandat besar”
daripada rakyat.
Raja di istana, PM interim di Yayasan Albukhary
Sementara Di Yayasan AlBukhary, Dr Mahathir Mohamad, pemimpin Bersatu dan kem Azmin juga sedang bermesyuarat.
1 tengah hari:
Setelah kira-kira dua jam pertemuan dengan Perdana Menteri Interim Dr
Mahathir Mohamad di Yayasan Al-Bukhary, pemimpin Bersatu dan sejumlah
anggota parlimen kem Azmin Ali mula beredar dari bangunan itu.
Anggota Parlimen Alor Gajah dari Bersatu Redzuan Mohd Yusof bagaimanapun sempat ditanya tentang pertemuan tersebut, dan hanya menjawab: "Tunggu malam ini."
Tidak pasti sama ada pertemuan itu sudah tamat atau mereka hanya berhenti seketika untuk sembahyang Jumaat.
Di Istana Negara pula, Sultan Johor, Kedah dan Terengganu dan Raja Perlis dilihat meninggalkan kawasan itu.
12.22 tengah hari:
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman Malaysia
boleh mencontohi Indonesia untuk merealisasikan pembentukan kerajaan
perpaduan.
"Malaysia boleh mencontohi bagaimana Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), (membawa) pesaing jawatannya dalam pilihan raya negara itu, Prabowo Subianto, sebagai menteri pertahanan lantas merealisasikan kerajaan perpaduan versi mereka," katanya.
Dengan itu, kata Muhammad Faiz, penjawat awam juga tidak lagi menganggap diri mereka bekerja di bawah kerajaan parti politik tertentu, sebaliknya berkhidmat demi negara dalam erti kata sebenar.
Untuk rekod, Prabowo ialah bekas
panglima tentera Indonesia yang dua kali melawan Jokowi untuk merebut
jawatan presiden republik itu.
Prabowo kemudian menerima
tawaran menyertai kabinet Jokowi di sebalik perpecahan yang berlaku di
peringkat rakyat akibat persaingan sengit kedua-dua kumpulan terbabit.
12 tengah hari: Bekas menteri kanan, Dr Rais Yatim, menyertai gesaan agar isu pemilihan perdana menteri diselesaikan di luar Dewan Rakyat.
"Kenapa masih ribut-ribut konon Dewan Rakyat akan tentukan siapa jadi PM pada 2 Mac?
"Kuasa melantik PM di tangan Yang di-Pertuan Agong bukan di Dewan Rakyat.
"Patut Agong dah buat keputusan hasil dua hari temu duga ahli parlimen," ciapnya.
"Peguam Negara tolonglah beri nasihat yang betul kepada Agong. Di Dewan Rakyat cuma boleh undi percaya atau tak percaya," katanya lagi.
Kenyataan itu kemudian dibalas bersahaja oleh Senator Yusmadi Yusoff
"Tolonglah nasihat boss Tan Sri tu," ciapnya dipercayai merujuk kepada Mahathir Mohamad selaku pengerusi Bersatu.
SAMBUNGAN BERITA KLIK DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan