HALAMAN SANTAI

Rabu, 26 Februari 2020

Sultan Johor minta Adun pilih PH atau gabungan baru

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengadakan pertemuan lebih 
2 jam dengan semua Adun Johor di Bangunan Sultan Ibrahim, 
Bukit Timbalan, hari ini. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar meminta semua Adun di negeri itu membuat pilihan sama ada mahu gabungan baru atau Pakatan Harapan (PH) pada pertemuan di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan hari ini.

Perkara itu dinyatakan beberapa Adun di luar bangunan berkenaan, selepas mereka selesai menyuarakan pendirian masing-masing berhubung situasi politik semasa.

Adun Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad berkata, pertemuan secara individu itu amat ringkas dan berlangsung lancar, kurang dari 5 minit.

“Saya tadi sudah membuat pilihan, ia berjalan baik dan saya mengucapkan terima kasih kepada Sultan Johor yang membantu menyelesaikan krisis politik,” kata timbalan pengerusi Amanah Johor itu.

Adun Bekok, S Ramakrishnan berkata, Sultan Johor meminta semua Adun hadir membuat pilihan secara individu yang memakan masa kurang seminit setiap orang.

“Hanya satu soalan saja (ditanya Sultan Johor), Pakatan Harapan atau gabungan,” katanya.

Pengerusi Amanah Johor dan Adun Parit, Yaani Aminolhuda Hassan yakin situasi politik di negeri itu akan selesai, apabila keadaan sama di peringkat persekutuan berakhir.

Terdahulu, Sultan Ibrahim yang tiba pada 2.44 petang dilihat meninggalkan bangunan itu kira-kira 5.09 petang, selepas mengadakan pertemuan lebih 2 jam dengan semua Adun.

Tiada ulasan: