KUALA
LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah meminta semua pihak bersabar dan memberi ruang
kepada baginda melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua negara.
Hadir
sendiri bagi menyantuni dan menyampaikan bungkusan makanan segera
McDonald’s kepada kumpulan petugas media yang ‘berkampung’ di luar pintu
2 Istana Negara tengah hari tadi, Al-Sultan Abdullah bertitah ringkas
dalam bahasa Inggeris:
“We
are very concerned. Be patient. Let me do my duty. I hope to find the
best solution for the country.” (Kita amat prihatin. Bersabarlah, biar
saya laksanakan tanggungjawab. Saya berharap dapat mencari jalan
penyelesaian terbaik demi negara).
Tampil berkemeja biru
dan bertali leher, baginda kelihatan cerita dan mengambil berat keadaan
petugas media yang membuat liputan suasana perkembangan mutakhir politik
serta pentadbiran semasa negara.
Apa yang pasti, sumbangan makanan itu melegakan petugas media yang berada di situ sejak awal pagi tadi.
Semalam, baginda turut meminta pegawai Istana Negara menghantar makanan segera KFC kepada petugas media.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan