KEMENTERIAN Pendidikan sedang giat melaksanakan usaha untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dan menggantikannya dengan undang-undang yang lebih baik dan komprehensif, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir yang juga pemangku Menteri Pendidikan berkata usaha itu selaras dengan Janji 50 Kerajaan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk mengembalikan kewibawaan universiti awam dan pendidikan tinggi.
“Saya berharap agar akta baharu yang menggantikan AUKU kelak akan menjurus kepada kualiti dan kecemerlangan universiti bagi mewujudkan institut pengajian tinggi yang peka dan berupaya untuk bertindak balas dengan keperluan perubahan persekitaran,” katanya.
Pada majlis amanat dan aspirasi beliau bersama warga Kementerian
Pendidikan di sini hari ini, Dr Mahathir juga melahirkan harapan agar
Majlis Pendidikan Tinggi Negara (MPTN) dapat diaktifkan semula untuk
memantapkan sistem tadbir urus dan pengharmonian Akta Pendidikan Tinggi
baharu yang sedang digubal.- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan