PUTRAJAYA – Dua lagi pertambahan kes baharu positif oronavirus direkodkan hari ini.
Perkembangan terbaharu ini menjadikan jumlah keseluruhan koronavirus meningkat kepada 14 kes, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Kes ke-13 merupakan seorang wanita
warga Malaysia berusia 40 tahun yang merupakan adik kepada individu
dalam kes yang dilaporkan pada 4 Febuari lalu.
“Kes terbaharu ini mempunyai kontak
langsung dengan indeks kes semasa beliau pulang untuk sambutan Tahun
Baru Cina di kampungnya di Alor Star pada 23 Januari yang lalu dan
mengalami gejala demam dan sakit tekak pada 1 Febuari 2020 kemudian
batuk pada 4 Febuari 2020,” katanya pada sidang media harian situasi terkini jangkitan koronavirus di Kementerian Kesihatan.
Menurut Dzulkefly kes ke-13 ini tidak mempunyai sejarah perjalanan ke China.
Wanita itu kini dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan berada dalam keadaan stabil, katanya.
Tambah Dzulkefly, kes ke-14 melibatkan
wanita warga China dari Wuhan berumur 37 tahun,yang tiba di Malaysia
bersama-sama tiga rakannya pada 23 Januari lalu.
Jelas beliau, wanita itu telah melawati beberapa tempat pelancongan di sekitar Kuala Lumpur.
“Beliau dan rakan-rakannya telah
diarahkan tidak ke mana-mana bagi menjalani Perintah Pengawasan dan
Pemantauan, hasilnya beliau masih positif dan kini dimasukkan ke wad isolasi HKL,” kata Dzulkefly.
Jumlah kumulatif Pengesanan Kes Yang
Disyaki (PUi) koronavirus adalah 188 warga Malaysia, 95 warga China dan
masing-masing seorang warga Australia, Korea, Jordan, Brazil, Kanada,
Bangladesh dan Thailand. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan