HALAMAN SANTAI

Ahad, 9 Februari 2020

Koronavirus: Angka korban kini 805 orang

MALAYSIAKINI




Jumlah kematian di wilayah Hubei China akibat wabak koronavirus meningkat 81 kepada 780 orang pada hari Sabtu, kata suruhanjaya kesihatan wilayah itu dalam satu kenyataan di laman webnya pada pagi Ahad.

Sebanyak 2,147 kes dikesan di Hubei, pusat penyebaran wabak berkenaan, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan di wilayah itu meningkat kepada 27,100 kes.

Ini menjadikan angka kematian di tanah besar China meningkat kepada 803 orang manakala Hong Kong dan Filipina masing-masing melaporkan satu kematian.

Kini terdapat 37,045 kes dilaporkan di seluruh dunia dengan seramaian 2,152 orang dilaporkan telah pulih. - Reuters

Tiada ulasan: