HALAMAN SANTAI

Ahad, 9 Februari 2020

Lokman Bukan Dipecat Dari MKT Tapi Dari UMNO

Amani Farihin





KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan bahawa Datuk Lokman Noor Adam bukan dipecat dari jawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO tetapi dibuang dari menjadi ahli UMNO.

Justeru katanya, Lokman hilang kelayakan sebanagi ahli MKT.

“Sesungguhnya Lokman dalam banyak perkara tidak bercakap benar dan tidak memahami Perlembagaan UMNO terutama yang melibatkan kedudukan dan bidang kuasa Presiden dan Ahli MKT yang dilantik,” katanya dalam kenyataan ringkas berkaitan isu terbabit, hari ini.

Terang beliau, pemecatan Lokman dibuat oleh MKT selepas dicadang dan diluluskan oleh Biro Politik.

“Dia juga cuba mencipta persepsi konon Presiden telah menyalahi kuasa, selain melaga-lagakan Datuk Seri Najib Razak dengan kepimpinan tertinggi UMNO.

“Datuk Seri Najib Razak telah beberapa kali mengatakan bahawa beliau tidak berhasrat untuk menjadi Presiden dan Perdana Menteri semula, justeru Lokman berbohong dan cuba mengeliru dan memberi harapan palsu kepada para pengikut beliau,” katanya yang juga Ahli Parlimen Ketereh.

Dilaporkan MKT UMNO telah bermesyuarat petang semalam di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato’ Onn. Terdahulu Biro Politik UMNO turut mengadakan mesyuaratnya. – UMNO Online

Tiada ulasan: