” Undang-undang syariah terbatas di bawah negeri, jadi isu untuk mengambil tndakan adalah di luar bidang kuasa tempatan negeri. Saya rasa tidak ada asas untuk tndakan diambil menerusi undang-undang syariah negara ini.
Itu penjelasan Peguam syariah Nizam Bashir yang berkata, undang-undang syariah adalah terbatas dan tertakluk di bawah bidang kuasa tempatan sesebuah negeri sahaja, justeru tidak ada asas untuk tndakan diambil terhadap Sajjad yang bertelekung di Arab Saudi.
Ini bermakna tidak ada peruntukan dalam undng-undang syariah di negara ini yang membolehkan tndakan undang-undang diambil terhadap Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau Nur Sajjad, berhubung tndakannya mengenakan telekung semasa menunaikan umrah.
” Perlembagaan persekutuan menetapkan bahawa bidang kuasa berkaitan agama IsIam terhad kepada negeri masing-masing. Kalau jenayah berkenaan dilakukan dalam bidang kuasa tempatan sesebuah negeri, maka barulah tindakan boleh diambil,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusuf Rawa dalam kenyataan berkata, tindakan Sajjad itu menimbulkan kntroversi dan secara tidak langsung memalukan imej IsIam.
Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap Sajjad atas perbuatannya melalui peruntukan undang-undang sedia ada dalam negara supaya perbuatan itu tidak berulang bagi menjaga kesucian agama IsIam dan nama baik negara, selain hubungan antara Malaysia dan Arab Saudi.
Sajjad yang menjalankan perniagaan produk kecantikan wanita, mencetuskan kntroversi selepas memuat naik video beliau bertelekung ketika menunaikan umrah di Mekah.
Beliau dilaporkan berpakaian leIaki ketika menaiki pesawat dari Malaysia, tetapi bertelekung selepas tiba di sana.
Nizam berkata, dalam kntroversi yang berlaku melibatkan ahli perniagaan itu, tidak semua perkara dapat diselesaikan dengan tndakan menghukvm semata-mata, sebaliknya percaya langkah menasihati dan memperingatkan perlu diberikan.
Sementara itu, peguam Shaharudin Ali berkata, berdasarkan perlembagaan persekutuan Sajjad tidak boleh dipersaIahkan atas perbuatannya di luar negara.
Menurutnya, sesuatu perbuatan saIah laku hanya boleh dihukum jika ia bertentangan dengan undang-undang jenayah di Malaysia.
” Hanya beberapa kesalahan tertentu sahaja di bawah Sksyen 6 dan 6A Kanun Kesksaan yang jika dilakukan di luar Malaysia boleh didakwa iaitu kesaahan yang dipanggil “extra territorial offences” iaitu kesalahan terhadap negara dan terorisme.
” Sajjad tidak melakukan apa-apa keslahan keganasan mahupun kesalahan berperang terhadap Yang Di Pertuan Agong. Beliau juga tidak melakukan apa-apa keslahan yang bertentangan dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1948 atau keseIamatan negara,” katanya.
Menurut beliau lagi, di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1948, pendakwaan boleh dilakukan di dalam negara sekiranya pelaku melakukan kesalahan bertentangan dengan akta-akta berkenaan walau di mana sahaja mereka berada dan diperakui oleh peguam negara bahawa kesalahan itu menyentuh keselamatan negara.
Mengulas laporan bahawa Sajjad akan disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah Sksyen 4 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Shaharudin berkata, seseorang boleh dikenakan tuduhan di bawah akta ini dengan syarat mereka diberi lessen di bawahnya atau memberi kemudahan atau perkhidmatan rangkaian berkaitan.
” Sajjad bukanlah seorang yang berlesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan tiada kena mengena dengan aktiviti memberi perkhidmatan rangkaian,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : bharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan