TIDAK munasabah apabila jawatan sebagai Setiausaha
syarikat (company secretary) Yayasan Akalbudi yang dilantik bagi
menggantikan setiausaha syarikat terdahulu, tampil memberitahu Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi bahawa dia tidak tahu apa-apa tentang
sumbangan serta derma di bawah Yayasan Akalbudi untuk diaudit seperti
mana lazimnya dilakukan oleh mana-mana yayasan.
Sebagai setiausaha syarikat yang dilantik, MK Secretarial
Services milik Mahinder Kaur turut memberitahu mahkamah bahawa dia tidak
mendapat dokumen-dokumen Yayasan Akalbudi untuk diaudit dan dikemaskini
sejak mula dilantik pada tahun 2012 lagi.
Mahinder tampil memberi keterangan di mahkamah pagi tadi
sebagai saksi ke-28, membaca keterangan bertulisnya turut mengakui
mengenali Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sejak tahun 1989 sebelum dilantik sebagai setiausaha syarikat bagi syarikat Measurement Sdn. Bhd., milik Ahmad Zahid.
Dia juga diminta mengemaskini akaun Yayasan Akalbudi yang mana Ahmad Zahid merupakan Pengasas bagi yayasan berkenaan.
Ketika memberikan keterangannya, Mahinder mengambil alih tugas sebagai setiausaha syarikat Yayasan Akalbudi daripada Idris Kechek.
Idris Kechek, menurut Mahinder, menamatkan perkhidmatan sebagai setiausaha syarikat pada tahun 2007 dan pelantikan Mahinder bagi menggantikan Idris Kechek berkuatkuasa pada tahun 2012.
“Sebagai setiausaha syarikat, saya berurusan secara langsung dengan Datuk Seri Ahmad Zahid.
“Bagi mengemaskini akaun Yayasan, saya ada minta dokumen
berkenaan tetapi dokumen yang diminta tidak sampai ke tangan saya,” kata
Mahinder ketika menjawab soalan pihak Timbalan Pendakwa Raya, Lee Kheng
Fatt.
Menjawab soalan balas peguam Ahmad Zahid, Hamidi Mohd. Noh,
Mahinder memberitahu mahkamah, dia menunggu penyerahan dokumen tetapi
masih gagal memperoleh.
Sehubungan itu, dokumen yang tidak dikemaskini, tidak boleh diaudit dan dihantar ke SSM.
Kata Mahinder lagi, dokumen Yayasan Akalbudi tidak dikemaskini sejak tahun 2003 sehingga 2011 dan setiausaha syarikat tidak boleh membuat kemasukan kemaskini kerana tiada dokumen lengkap.
Pada perbicaraan hari ini Mahinder turut diberikan senarai
sumbangan termasuk lembu korban Aidilfitri yang dilakukan oleh Yayasan
Akalbudi.
Ketika ditanya oleh peguambela Hamidi Mohd. Noh sama ada
beliau mengetahui mengenai sumbangan yang disampaikan itu, Mahinder
berkata tidak tahu.
Bagaimanapun ketika ditanya sama ada beliau bersetuju
senarai sumbangan itu bertepatan dengan ojbektif penubuhan Yayasan
Akalbudi, Mahinder berkata, ya.
Setiausaha itu ketika ditanya sama ada sumbangan tersebut
memerlukan persetujuan dan pengesahan daripada Lembaga Pengarah,
berkata, tidak perlu jika jumlahnya tidak besar. – SM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan