HALAMAN SANTAI

Khamis, 22 Oktober 2020

PKR hormat ‘gencatan politik’ Umno, kekal agenda kembali mandat rakyat

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata parti itu akan mengekalkan 
usaha ke arah mengembalikan mandat rakyat dengan kebersamaan ahli Parlimen yang 
mendokong cita-cita dan harapan sama.

PETALING JAYA: PKR mengambil maklum dan menghormati “gencatan politik” yang diumumkan Umno namun menegaskan parti itu akan kekal meneruskan agendanya untuk mengembalikan mandat rakyat.

“Kami akan mengekalkan usaha ke arah mengembalikan mandat rakyat dengan kebersamaan ahli Parlimen yang mendokong cita-cita dan harapan yang sama.

“Iaitu untuk memperbetul hala tuju kepimpinan negara terutama dalam usaha memerangi wabak Covid-19, menyuntik semangat dan membangun semula ekonomi, serta melipat gandakan usaha menyelesaikan masalah rakyat,” kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail hari ini.

Terdahulu, Umno mengumumkan “gencatan politik” bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat yang susah akibat hambatan ekonomi dapat diutamakan.

Presiden Ahmad Zahid Hamidi turut mengumumkan Umno mendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan mengarahkan semua kepimpinan parti dalam Kabinet memberikan sepenuh penumpuan kepada usaha membantu rakyat.

Tiada ulasan: