
KUALA LUMPUR –
Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa
menzahirkan rasa dukacita kerana menurut beliau Perhimpunan Agung UMNO
(PAU) 2020 kurang membicarakan tentang agenda Melayu dan Islam.
Dalam hantaran
di laman Facebook, Annuar berkata, beliau telah menghadiri PAU sejak
tahun 1981 dan tahun ini merupakan tahun ke-40.
Katanya,
ucapan-ucapan semasa PAU 2020 yang bermula hari ini semakin ghairah
menyerang sesama parti Melayu, dan semakin banyak diselit dengan
sindiran-sindiran sesama UMNO.
“Mungkin inilah norma baharu kita,” katanya.
Dalam satu
lagi hantaran, Menteri Wilayah Persekutuan itu menyifatkan PAU kali ini
menjadi medan orang-orang besar dan ahli Majlis Kerja Tertinggi
bercakap.
Katanya, orang
d bawah mungkin tiada wakil untuk bersuara, namun tetap berpeluang
untuk melihat, mendengar dan menimbang dengan bebas.
“Tiada sesiapa
boleh memaksa sesiapa. Yang penting kita cintai parti kita. Kita mahu
parti kita berjaya,” katanya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan