HALAMAN SANTAI

Sabtu, 27 Mac 2021

Kena terima hakikat Presiden UMNO berkuasa tentukan pembahas – Najib

Nizam Zain
MGF27032021_PAU-202036
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba hadir pada Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sempena sempena Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AFFAN FAUZI

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempunyai kuasa menentukan perjalanan Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) agar berjalan dengan lancar termasuk pembahas yang mengambil bahagian.

Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berkata, perkara itu tidak sepatutnya timbul dan semua pihak perlu menerima kuasa yang diperuntukkan kepada presiden.

“Itu hak presiden dan pendapat yang kongsi bersama. Apa pun kalau tak bersetuju pun, kita kena terima hakikatnya sistem kita, presiden ada kuasa untuk menentukan pembahas-pembahas,” katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa yang mendakwa perjalanan PAU 2020 pada 27 dan 28 Mac ini hambar kerana pembahas ditentukan oleh presiden.

Semalam, Annuar juga menyifatkan PAU 2020 yang bermula hari ini sebagai medan terbaik untuk Presiden UMNO itu menjelaskan mengenai desas-desus kerjasama antara UMNO dan PKR.

Annuar berkata, ia bagi menjelaskan pelbagai khabar angin dan kenyataan yang dibuat pelbagai pihak mengenai perkembangan terbaharu kedua-dua parti itu dalam persediaan menghadapi PiIihan Raya Umum Ke-15. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: