HALAMAN SANTAI

Jumaat, 25 Jun 2021

Semua dah divaksin, mengapa perlu hibrid lagi?

Haslina AR Kamaludin
MGF03082020_PERSIDANGAN-DEWAN-RAKYAT_30
Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer ketika hadir pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur tahun lalu. foto FAREEZ FADZIL

KUALA LUMPUR –  Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyelar cadangan agar sidang Parlimen diadakan secara hibrid.

Beliau berkata, sebagai Ahli Parlimen, kehadiran secara fizikal adalah sangat penting untruk menyuarakan isu-isu berkaitan rakyat.

“Kesemua Ahli Parlimen sudah divaksin dan tidak sewajarnya dilakukan dengan cara ini.

“Tahun lalu, sidang Parlimen berjaya dibuat dengan SOP yang sangat ketat, dengan kesemua masih belum divaksin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, semua Ahli Parlimen telah mengikut peraturan seperti kehadiran Ahli Parlimen yang terhad, menjalani ujian saringan setiap dua minggu dan memakai pelitup muka sepanjang berada di dalam Dewan.

“Adakah sidang Parlimen secara hibrid ini diperuntukkan di dalam Pelembagaan Persekutuan?

“Bukankah sudah ada ‘herd immunity’ di Parlimen memandangkan semua Ahli Parlimen, Speaker dan Timbalan Speaker sudah mendapat suntikan vaksin,” katanya lagi.

Ahli Parlimen DAP itu mengulas cadangan Parlimen diadakan secara hibrid oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, yang bersedia persidangan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.

Parlimen kini sudah mempunyai kelengkapan mencukupi untuk melaksanakan persidangan Dewan Rakyat secara hibrid serta dalam proses perolehan untuk menambah bahagian teknikal lain yang diperlukan.

Pun begitu, masih belum ada tarikh tertentu untuk Dewan Rakyat bersidang dan ia akan mengikut Peraturan Mesyuarat, yang menetapkan keperluan memberi notis 28 hari sebelum persidangan bermula. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: