HALAMAN SANTAI

Ahad, 8 Ogos 2021

Ada percubaan beli dua Ahli Parlimen PH – Saifuddin Nasution

Muhammad Azizul Osman
MGF28092020_MESYUARAT-PH_03
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail selepas hadir mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Harapan (PH) di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya. foto FAREEZ FADZIL,

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution mendedahkan dua cubaan untuk membeli Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH).

Menurut Saifuddin, dua daripada Ahli Parlimen itu adalah dari Hulu Selangor iaitu June Leow Hsiad Hui dari PKR dan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong dari DAP.

“Usaha membeli sedang berjalan rancak. Beberapa MP blok pembangkang diumpan jawatan menteri,” dedah Saifuddin.

Dalam perbualan mesej aplikasi WhatsApp itu, individu berkenaan berkata, terdapat kekosongan jawatan dalam Kabinet dan mengemukakan soalan adakah ahli-ahli Parlimen itu berminat.

“Dua jawatan Menteri Kabinet kosong, keluarlah daripada bayangan keluarga Lim, kami memerlukan lebih ramai bukan Bumiputera untuk mewakili kerajaan.

“YB, durian RM30 (dipercayai merujuk kepada harga), ganti durian Parit Sulong atau Lenggong. Durian confirm hari ini terus bayar, cash (tunai), tulis mesej berkenaan.

Facebook-Saifuddin-Nasution 

Dalam satu lagi mesej yang dipercayai dihantar ke Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui, mesej itu bertanyakan sama ada beliau berminat atau tidak.

“Dua jawatan Menteri Kabinet kosong, kalau kamu berminat.

“Apa yang kamu perlukan untuk berkhidmat di kawasan kamu dengan lebih baik? Hulu Selangor sangat memerlukan bantuan ekonomi dan kewangan,” kata mesej itu lagi.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komiditi, Datuk Willie Mongin mendedahkan PH menghubunginya untuk kembali menyokong gabungan itu.

Willie merupakan Ahli Parlimen Puncak Borneo dari parti Bersatu bagaimanapun memberitahu 

pihak yang cuba ‘membelinya’ bahawa beliau tidak berminat untuk menyertai blok pembangkang sebaliknya lebih fokus untuk membantu rakyat.

“Cakap ada number (sokongan). Tapi call saya minta bantu sokong PH,” dedah Willie. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: