HALAMAN SANTAI

Ahad, 8 Ogos 2021

Rosni Sohar letak jawatan Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN

 Siti Hafidah

 Keputusan selaras dengan peletakan jawatan Ketua Wanita UMNO

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Rosni Sohar mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkuat kuasa semalam.

Rosni yang juga Setiausaha Wanita UMNO dalam kenyataan berkata, keputusan itu selaras dengan peletakan jawatan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad sebagai Menteri Pengajian Tinggi yang diputuskan dalam Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 3 Ogos lepas.

Pada 6 Ogos lepas Noraini mengumumkan peletakan jawatan itu berkuat kuasa serta-merta.“Saya sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut setia dan patuh atas ketetapan yang telah dibuat oleh pihak parti,” katanya.

Rosni turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh kakitangan PTPTN atas kerjasama yang baik. – Bernama

Tiada ulasan: