Bernama
Prof
Sivamurugan Pandian berpendapat tawaran yang dicadangkan itu mempunyai
impak baik jangka panjang kepada proses demokrasi negara selain mampu
mewujudkan senario politik lebih matang dan berhemah. - Gambar
fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:
Tawaran-tawaran kerjasama dwipartisan yang dicadangkan oleh Perdana
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dipertimbangkan dengan serius
dalam usaha melaksanakan reformasi undang-undang dan Parlimen ke arah
kestabilan politik negara.
Penganalisis
politik Prof Sivamurugan Pandian daripada Universiti Sains Malaysia
berpendapat tawaran yang dicadangkan itu mempunyai impak baik jangka
panjang kepada proses demokrasi negara selain mampu mewujudkan senario
politik lebih matang dan berhemah.
Justeru
katanya, Ahli Parlimen daripada kerajaan mahupun pembangkang wajar
mengambil peluang itu dengan mengadakan rundingan untuk mencapai,
menstabilkan atau melakukan gencatan politik, agar tumpuan pemulihan
kepada impak COVID-19 dapat dilaksanakan.
"Kita
harus melihat, sebenarnya tujuan tawaran itu untuk melindungi dan
mempertahankan institusi perlembangaan, itu yang penting.
Perkara
ini juga perlu diterjemah secara rasional dan praktikal bukannya
emosional semata...jika krisis ini berterusan, pembangkang juga akan
dipertanggungjawabkan kerana dilihat tidak mahu melakukan reformasi
parlimen dilaksanakan," katanya ketika menjadi tetamu jemputan secara
maya dalam program Ruang Bicara yang disiarkan di Bernama TV, hari ini,
Program
itu turut disertai Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Ulung
Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian
Politik dan Pentadbiran Universiti Malaya Dr Mohammad Tawfik Yaakub dan
Pengurus Unit Demokrasi dan Tadbir Urus Institut Demokrasi dan Hal Ehwal
Ekonomi (IDEAS) Aira Azhari.
Semalam,
Muhyiddin mengumumkan cadangan rangka persefahaman rentas parti yang
mengandungi tujuh perkara yang akan dilaksanakan kerajaan sekiranya usul
undi percaya terhadap beliau diluluskan di Dewan Rakyat termasuk
tawaran tempoh jawatan Perdana Menteri terhad kepada dua penggal sahaja
dan Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen,
Tawaran
lain, keseimbangan jumlah keanggotaan Ahli Parlimen kerajaan dan
pembangkang dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, serta pelaksanaan
Undi 18 tanpa menunggu pelaksanaan pendaftaran automatik serta rang
undang-undang termasuk belanjawan akan dirunding terlebih dahulu dengan
semua Ahli Parlimen sebelum dibentang di Dewan Rakyat.
Bagaimanapun cadangan itu mendapat pelbagai reaksi daripada parti-parti politik tempatan termasuk parti pembangkang.
Mengulas
lanjut, Sivamurugan bagaimanapun melihat proses untuk mencapai
persefahaman itu agak sukar ketika kini kerana pendirian pembangkang
nampaknya hanya mahu melihat keabsahan serta kedudukan Muhyiddin sebagai
Perdana Menteri.
"Proses pemulihan
krisis kesihatan dan krisis politik ini tidak dapat dicapai tanpa dua
pihak (kerajaan dan pembangkang) bersedia untuk berkorban dan
berkompromi dengan tawaran itu.
"Sekarang
ini bukan masa untuk rebut jawatan perdana menteri tapi rebut hati
rakyat yang sedang menderita... usah terus memangsakan rakyat," katanya.
Sementara
itu, Mohammad Tawfik berkata tawaran yang dikemukakan perdana menteri
itu bukannya "jalan mati" politik negara, sebaliknya permulaan untuk
nafas baharu dalam arena politik tempatan dan kehendak rakyat.
Katanya
tawaran itu jelas disertakan dengan pelawaan kepada pembangkang untuk
berunding dan membolehkan terma-terma atau keputusan akhir tawaran
berkenaan dipersetujui secara konsensus.
"Elemen-elemen
menolak sepenuhnya mempamerkan ada ahli politik yang tidak menunjukkan
kematangan mereka...seolah-olah tiada kesungguhan untuk bersama-sama
membantu untuk rakyat.
Kita tak mahu ahli
politik ini dilihat berjuang untuk 'political survival' (kelangsungan
politik) semata, sehingga mengabaikan kepentingan rakyat," katanya.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan