Bernama
Prof
Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata, tindakan beberapa parti
politik yang menolak tawaran rangka persefahaman rentas parti yang
dicadangkan Muhyiddin tanpa perbincangan panjang, dilihat bagaikan sudah
hilang arah. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR:
Polimik dan perebutan jawatan perdana menteri yang berterusan dalam
kalangan pemimpin parti politik, hanya membuatkan mereka terus 'sesat'
dan terkeluar dari tanggungjawab sebenar mereka, untuk membantu rakyat.
Pengerusi
Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri
Baharuddin berkata, walaupun terdapat pihak dalam kerajaan dan
pembangkang menolak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun
sehingga kini mereka belum membuktikan terdapat inidividu lain mendapat
sokongan majoriti, bagi jawatan itu.
Tegasnya
tindakan beberapa parti politik yang menolak tawaran rangka
persefahaman rentas parti yang dicadangkan Muhyiddin tanpa perbincangan
panjang, dilihat bagaikan sudah hilang arah.
"Jawatan
perdana menteri (keabsahan) bukan isu di sini, isunya adalah sama ada
kita (kerajaan dan pembangkang) boleh bertindak bersama dan lakukan
secara bersama demi kepentingan rakyat... mereka tidak nampak perkara
ini.
"Ada yang lihat tawaran itu mengikut
kepentingan berbeza-beza, jadi respons kepada tawaran itu dilihat belum
jelas daripada mana-mana pihak, kecuali beberapa pemimpin pembangkang
yang saya kira mereka melihat kepada impak jangka panjang beberapa
tawaran itu.
"Pemikiran itu
memperlihatkan bahawa, mereka memandang jauh sama ada perlu sokong atau
membangkang semborono," katanya ketika menjadi tetamu jemputan secara
maya dalam program Ruang Bicara yang disiarkan di Bernama TV hari ini.
Tetamu
jemputan secara maya yang lain ialah Penganalisis Politik Prof Dr
Sivamurugan Pandian, Pensyarah Kanan Universiti Malaya Dr Mohammad
Tawfik Yaakub, dan Pengurus Unit Demokrasi dan Tadbir Urus Institut
Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Aira Azhari.
Semalam,
Muhyiddin mengumumkan cadangan kerjasama rentas parti merangkumi tujuh
perkara yang akan dilaksanakan kerajaan, jika usul undi percaya terhadap
beliau diluluskan di Dewan Rakya termasuk tawaran tempoh jawatan
Perdana Menteri terhad kepada dua penggal sahaja dan Rang Undang-Undang
Anti-Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen.
Tawaran
lain, keseimbangan jumlah keanggotaan Ahli Parlimen kerajaan dan
pembangkang dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, serta pelaksanaan
Undi 18 tanpa menunggu pelaksanaan pendaftaran automatik, serta rang
undang-undang termasuk belanjawan akan dirunding terlebih dahulu dengan
semua Ahli Parlimen sebelum dibentang kepada Dewan Rakyat.
Shamsul Amri berkata, Pilihan Raya Umum (PRU) adalah medan sebenar untuk menguji keabsahan kerajaan dan jawatan perdana menteri.
Sementara
itu, Aira Azhari berkata jika terdapat pihak mendakwa kerajaan dilihat
gagal dalam konteks pengurusan pandemik COVID-19, pembangkang pula
dilabel tidak mampu bersatu untuk menjalankan peranan mereka.
Jelasnya,
ketika ini visi dan misi serta cadangan untuk membawa negara keluar
dari krisis kesihatan yang dikemukakan oleh pembangkang, adalah kurang.
"Kelemahan
pembangkang ini ialah mereka kurang wawasan dan visi untuk negara ini
dan kita masih lagi menanti perkara ini," katanya.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan