HALAMAN SANTAI

Jumaat, 13 Ogos 2021

Berkali-kali menipu, Zahid masih gesa supaya percaya kepada ceritanya


Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama cikgunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang merancang menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan defisit kepercayaan kerana dituduh penipu menggesa supaya ahli-ahli parti jangan percaya berita yang didakwa ‘sumber UMNO’.

Berkali-kali Zahid ditangkap menipu sehingga hilang kredibilitinya kini mahu orang ramai lebih mempercayainya dan berhati-hati dalam menilai laporan berita yang disiarkan dalam media.

Untuk rekod, pemimpin senior parti, Datuk Seri Nazri Aziz membidas Zahid sebagai seorang penipu besar ia selepas berkali-kali menipu ahli-ahli UMNO dan tidak berani berdepan dengan Ahli-Ahli Parlimen (MP) untuk menjawab setiap tuduhan terhadap dirinya.

“Bagaimanapun kebelakangan ini banyak berita membabitkan Presiden UMNO ditulis berdasarkan dakwaan ‘sumber UMNO’.

“Kita wajar berhati-hati dalam menilai berita yang menggunakan maklumat diberi oleh individu “anonymous”.

“Apakah tujuannya, motifnya, agendanya, kejujuran atau muslihatnya? Berkepentingan tertentu, bias atau mahu mengelirukan?” katanya dalam satu kenyataan.

MP Padang Rengas, Nazri berkata Zahid sudah berkali-kali ditangkap menipu, ia berhubung suratnya yang dihantar kepada Istana Negara dan juga klip audio mesra dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zahid pada awalnya menafikan, tetapi ia kemudiaan disahkan ketulenan surat serta klip audio tersebut.

14 MP UMNO diketuai Zahid sedang merancang bersama blok pembangkang diketuai Anwar, serta parti kecil lain yang cuba menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ini.

Setelah beberapa kali gagal untuk menumbangkan kerajaan PN, kumpulan Zahid dan Anwar dilaporkan mengutus surat terbaharu kepada Yang di-Pertuan Agong mendakwa Muhyiddin tidak mempunyai majoriti.

Sebelum ini Yang di-Pertuan Agong sudah memperkenankan rancangan Muhyiddin untuk mengemukakan usul percaya terhadap kepimpinan beliau bagi membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri yang memiliki majoriti Parlimen.

Usul itu dijangka dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang bakal bermula 6 September ini.

Tiada ulasan: