HALAMAN SANTAI

Ahad, 15 Ogos 2021

Bila PM mengaku hilang majoriti? Zahid jangan buat malu lagi selepas di PBB

Zahid Hamidi yang mengetuai UMNO dengan keahlian tiga juta orang.

Tiba-tiba sahaja jam 10.45 malam tadi Presiden ‘caretaker’ UMNO, Ahmad Zahid Hamidi memuat naik kenyataan mengucapkan penghargaan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tetapi penghargaan itu penuh pembohongan yang jelas menunjukkan kebodohan diri sendiri dan penyokongnya. Kenyataannya berbunyi:

“UMNO mengucapkan penghargaan atas pengakuan YB Pagoh yang akhirnya secara terbuka bahawa beliau sudah tidak lagi mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen.”

Tertanya-tanya juga bila Perdana Menteri (PM) membuat pengakuan itu. Apabila dicari di mana pengakuan itu dibuat, seorang rakan berkata “tak perlu cari… memang tidak ada pun PM kata macam tu… hanya Zahid yang tunjuk bodoh… macam masa berucap di PBB dulu”.

Dalam point ke 13 pengumumannya semalam PM berkata:

“Namun, malangnya dalam keadaan saya dan rakan-rakan dalam Kabinet berhempas pulas mengurus pandemik, beberapa Ahli Parlimen telah menarik sokongan kepada saya. Ini menimbulkan keraguan tentang keabsahan saya sebagai Perdana Menteri dan kedudukan Kerajaan Perikatan Nasional sebagai kerajaan yang memerintah.”

Yang bermaksud penarikan sokongan itu hanya menimbulkan keraguan terhadap keabsahannya sebagai PM sahaja.

Hanya disebabkan ‘keraguan’ dan bukannya hilang majoriti, lalu PM pun mengulas bahawa beliau boleh mengambil dua tindakan iaitu meminta Parlimen dibubar atau beliau meletak jawatan.

BACA SINI: Bersama Memulihkan Negara

Mungkin Zahid mengambil point ke 17 ucapan PM untuk mendakwa Muhyiddin hilang majoriti. Point itu menyatakan:

“Namun, sehingga saat ini tiada seorang pun Ahli Dewan Rakyat lain yang dapat membuktikan dia mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri baharu.”

“…tiada seorang pun Ahli Dewan Rakyat lain…”. Maknanya selain daripada Muhyiddin dan Ahli-Ahli Parlimen kerajaan Perikatan Nasional (PN), maka tidak ada Ahli Parlimen yang memiliki sokongan majoriti untuk dilantik menjadi PM. Anwar Ibrahim tiada majoriti, apa lagi Zahid dan Dr Mahathir Mohamad atau Shafie Apdal.

Katakanlah. Pihak yang menentang PM sekarang ini terpecah kepada kem PH, kem UMNO dan kem Warisan/Pejuang. Kem PH lebih besar berbanding dua kem lagi, tetapi masih tidak mempunyai kerusi yang lebih daripada kerajaan PN.

Maka tidak boleh dikatakan PH mempunyai majoriti lebih besar, kecuali jika kem UMNO, Warisan dan Pejuang menyokong. Tapi mahukah Warisan dan Pejuang menyokong dengan adanya kumpulan kleptokrasi UMNO di dalamnya jika membentuk kerajaan?

Pendek kata PH tiada sokongan majoriti; Kem UMNO tiada sokongan majoriti; dan Kem Warisan/Pejuang tiada sokongan majoriti untuk salah seorang daripada Ahli Parlimennya dilantik menjadi PM. Ini yang dimaksudkan Muhyiddin apabila mengatakan “…tiada seorang pun Ahli Dewan Rakyat lain…”.

Jika pun ada Ahli Parlimen penentang yang mempunyai sokongan lebih dua kerusi sahaja, adakah ini kerajaan yang stabil? Kerajaan sebegini bila-bila masa boleh tumbang juga dan PM baharu perlu dilantik semula. Jadi Malaysia ini tak ada kerja lain, selain melantik PM baharu sedangkan rakyat merana akibat Covid-19.

Itupun Zahid tidak boleh baca? Patutlah satu negara malu apabila dia berucap di PBB dahulu hingga ada netizen yang memberi komen “It is very painful watching Zahid Hamidi struggling with his pronunciations, felt like his tongue was going to launch out of his mouth at any moment”. Tapi ada juga yang berterima kasih kepada Zahid atas ucapannya itu kerana membuatkan mereka boleh ketawa.

Zahid berucap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2016 lalu.

Dan yang lain-lain dalam ucapan PM semalam hanya penjelasan yang tidak boleh digunakan untuk menunjukkan beliau membuat pengakuan hilang majoriti seperti didakwa Zahid.

Macam mana boleh memimpin pertubuhan seramai tiga juta ahli, jika pemahaman terhadap maksud ucapan itu pun tidak boleh difahami. Kasihan kepada ahli-ahli UMNO akar umbi.

Perlu jika kita ingat bahawa tidak semua Ahli Parlimen daripada PH yang disertai DAP, PKR dan AMANAH, menolak kepimpinan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. Ada Ahli Parlimen DAP yang tidak mahu Anwar bekerjasama dengan kem Zahid.

Mereka kekal tidak mahu ‘Kluster Kleptokrat’ kembali mentadbir negara. Jika mereka menyokong bererti mereka akan kehilangan undi dan sokongan masyarakat Cina. Ada Ahli Parlimen yang mahu kerajaan sekarang kekal untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan Covid-19 ini. Lagi pula mereka tahu bahawa semua negara di dunia belum berjaya mengatasi masalah Covid-19 ini.

Harap-harap Zahid sekarang ini sudah fasih berbahasa Inggeris untuk dihantar mewakili negara di PBB. Itupun jika Anwar Ibrahim naik menjadi PM. Tidaklah negara mencatat sejarah malu sekali lagi jika Zahid berucap di PBB dalam sebutan yang tidak betul.

(*) Tok Akhi - Pemerhati Politik Kampung

Tiada ulasan: