Syafik Shukri Jalil
Calon itu juga perlu jujur, berkaliber dan dapat memastikan kebajikan rakyat sentiasa diutamakan. FOTO: Gambar Fail
KUALA LUMPUR:
Pemilihan Timbalan Perdana Menteri dalam kalangan Ahli Parlimen
Gabungan Parti Sarawak (GPS) merupakan langkah tepat dan sesuai untuk
dipertimbangkan dalam pembentukan kerajaan baharu.
Menurut
Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri James Jemut Masing, ini
kerana jika seseorang calon dinamakan, ia dipilih berdasarkan sokongan
dalam sesebuah parti demi mencapai kestabilan.
‘’Pemilihan
Ahli Parlimen daripada GPS merupakan satu langkah yang tepat dalam
pembentukan Kerajaan Persekutuan yang baharu,’’ katanya menerusi satu
kenyataan kepada Astro AWANI pada Rabu.
Masing
yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak bagaimanapun berkata, sesiapa
sahaja calon yang dipilih untuk menjawat kedudukan tersebut adalah tidak
penting.
‘’Apa yang penting adalah peranan dan sumbangan GPS ke arah pembentukan sebuah kerajaan yang stabil.
‘’Malah calon itu juga perlu jujur, berkaliber dan dapat memastikan kebajikan rakyat sentiasa diutamakan,’’ ujarnya.
Masing
berkata demikian susulan kenyataan pemuda PRS yang mencadangkan Ahli
Parlimen Kapit, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sebagai calon Timbalan
Perdana Menteri yang baharu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan