Shuhada Abdul Kadir
Mohd Rafiq berkata, beliau akan terus memberi tumpuan kepada usaha membantu rakyat dalam situasi sukar. - Gambar fail
AYER KEROH:
Perikatan Nasional (PN) Melaka menyatakan pendirian untuk terus kekal
menyokong kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui UMNO ketika ini.
Pengerusinya,
Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, beliau bersama seorang lagi
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu), Datuk Noor Effandi Ahmad akan terus memberi tumpuan kepada
usaha membantu rakyat dalam situasi sukar.
"Kita akan mengekalkan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
"Kita
berasakan cukup-cukuplah berpolitik, cukup-cukuplah kita menggerakkan
muslihat politik untuk menjatuhkan Perdana Menteri ataupun pemimpin
kerajaan lain.
"Ini bukan masa kita
merebut kuasa tetapi rakyat menuntut supaya fokus diberikan bagi
menangani COVID-19... dan juga ekonomi rakyat yang perlu diberi
perhatian," katanya.
Beliau ditemui
selepas majlis penyerahan insentif kepada tiga atlet kelahiran Melaka
yang mengharumkan nama negara pada temasya Olimpik Tokyo 2020 bulan
lalu.
Mengulas lanjut, beliau yang juga
Naib Presiden Bersatu berkata, tidak timbul isu beliau dan Effendi
meletak jawatan sebagai Exco kerajaan negeri selepas PN tumbang di
peringkat Persekutuan.
Kerajaan negeri
Melaka dipimpin Sulaiman daripada UMNO, selepas PN mengambil alih
pentadbiran daripada Pakatan Harapan (PH) yang tumbang Mac tahun lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan