HALAMAN SANTAI

Jumaat, 6 Ogos 2021

Jawatan MT UMNO tak sah, Pendaftar Pertubuhan arah adakan pemilihan

AGENDA DAILY

Datuk Seri Noraini Ahmad.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad akhirnya mengesahkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengajian Tinggi selepas pelbagai spekulasi dikaitkan dengan dirinya, keputusan tersebut baharu diumumkan dalam satu kenyataan media hari ini.

Noraini berkata terikat dengan keputusan partinya yang membuat pendirian untuk menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) baru-baru ini seperti yang diumumkan oleh Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Namun, berdasarkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 3 Ogos 2021, saya sebagai Ketua Wanita UMNO, akur dengan keputusan parti dan meletak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi, Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan berkuatkuasa serta-merta.

“Keputusan parti akan dilaksanakan ketika Parlimen bersidang,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke atas peluang yang diberikan untuk menjadi menteri dalam kerajaan PN.

“Pertamanya, saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat sebagai Menteri Pengajian Tinggi di dalam Kerajaan Persekutuan,” katanya lagi.

Untuk rekod, Noraini menjadi menteri kedua yang meletak jawatan selepas Ahli Parlimen Lenggong Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli pada 3 Ogos lalu.

Beliau turut memberikan alasan sama akur dengan keputusan parti yang dibuat menerusi Majlis Tertinggi UMNO seperti diumumkan Presiden UMNO.

Tiada ulasan: