HALAMAN SANTAI

Ahad, 8 Ogos 2021

Jazlan penipu, Nazri ingatkan keputusan PAU tolak Anwar dan DAP


Terbukti benar dakwaan Datuk Seri Nazri Aziz bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seorang penipu.

Pemimpin senior UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub sebagai seorang penipu yang sanggup bersekongkol dengan Presiden untuk bekerjasama dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

Nazri membidas Jazlan sebagai pengikut setia Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang membuat pusingan-u walhal sebelum ini sudah bersetuju untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) tetapi tiba-tiba mengubah keputusannya kerana terpengaruh dengan janji manis Presiden UMNO itu.

“Saya mengesahkan (Ahmad) Jazlan ini seorang lagi kaki penipu kerana pada Khamis 29 Julai dalam pertemuan dengan Ahli-Ahli Parlimen UMNO di Parlimen, Jazlan antara yang setuju kekal sokong PN, tetapi selepas itu dia u-turn,” katanya dipetik sebuah portal.

Nazri menjelaskan tindakan menyokong semula Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN adalah disebabkan mengikut keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) yang membuat ketetapan menamatkan kerjasama dengan sebaik Parlimen dibubar.

“Soal saya tarik sokongan kepada Muhyiddin pada Januari lalu.. itu dibuat atas perancangan kumpulan yang diketuai Zahid dan Najib (Datuk Seri Najib Razak), tetapi mereka tidak tarik sokongan hingga menyebabkan saya hilang peruntukan sebanyak RM3.8 juta.

“Saya nak beritahu Jazlan, pada bulan Mac lalu, Perhimpunan Agung UMNO 2020 telah putuskan supaya kita tamatkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke-15.

“Ini bermaksud PAU dan akar umbi UMNO mahu kita terus bersama kerajaan hingga Parlimen bubar. Oleh kerana saya orang parti, sebab itu saya kembali menyokong Muhyiddin dan PN seperti dituntut oleh parti. Mana ‘flip-flop’nya Jazlan?” katanya lagi.

Jelas Nazri, langkah berbaik-baik dengan Anwar sebelum ini bertujuan untuk menyelamatkan UMNO memandangkan Perdana Menteri waktu itu, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu mengharamkan parti tersebut dan mengingatkan Jazlan berhubung ketetapan yang dibuat UMNO sebelum ini yang menolak Anwar dan DAP semasa PAU.

“”Tujuan saya berbaik dengan Anwar hanya semata-mata kerana mahu menyelamatkan UMNO, bukan macam Jazlan dan gengnya yang diketuai Zahid yang bersungguh-sungguh mahu mahu jatuhkan kerajaan hari ini kerana mahu bergabung dengan Anwar untuk menubuhkan kerajaan baharu.

“Kalau bergabung dengan Anwar, maknanya bergabung dengan DAP. Jadi Jazlan kena ingat bahawa keputusan PAU 2020 juga ialah ‘No Anwar, No DAP’,” tegasnya.

Kritikan Nazri terhadap Jazlan susulan tindakannya yang menasihati Muhyiddin agar berhati-hati dengan Nazri yang didakwa boleh menyokong sesiapa sahaja dan boleh berubah menjadi lawan dengan sekelip mata.

Nazri menyifatkan dakwaan Jazlan tersebut sebagai tidak berasas dan cubaan melaga-lagakannya dengan Muhyiddin.

Tiada ulasan: