HALAMAN SANTAI

Khamis, 12 Ogos 2021

Kenapa makin ramai orang mati? - Kit Siang

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Kenapa angka kematian akibat Covid-19 terus meningkat ketika kerajaan memberi gambaran keadaan semakin baik, soal anggota parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang.

“Adakah terdapat sebarang penjelasan kenapa angka kematian di Malaysia mendekati angka 6,000 kes pada Ogos - bulan sambutan Hari Kebangsaan - sedangkan pada Ogos tahun lalu hanya dua kematian?” soalnya.

Memetik aktivis masyarakat Dr Mohamed Rafick Khan, Lim berkata di sebalik program vaksinasi, angka kematian terus meningkat.

Katanya, perkara itu sebenarnya tiada kena mengena dengan program vaksinasi tetapi mempunyai kaitan dengan kapasiti dan keupayaan hospital.

Sabtu lalu, kerajaan mengumumkan akan mennggunakan petunjuk baru bagi menentukan kemajuan Program Pemulihan Negara (PPN).

Perubahan fasa selepas itu akan melihat jumlah kes dalam kategori tiga hingga empat, daripada memerlukan bantuan oksigen hingga ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menurut kerajaan, dengan vaksinasi yang giat dijalankan, sebanyak 98 peratus pesakit kini hanya mengalami gelala ringan atau tidak bergejala.

Semakan Malaysiakini mendapati kadar kematian bulanan pada Disember tahun lepas berada pada tahap 0.241 dan kekal pada tahap 0.24 hingga 0.43 hingga April

Kadar kematian bertambah selepas jumlah kes mencecah enam angka. Pada Mei kadar kematian pada tahap 0.788 peratus diikuti 1.068 pada Julai.

Setakat semalam, kes meningkat kepada 11,373 selepas 211 orang lagi meninggal dunia.

Berdasarkan Worldometers, Malaysia semalam berada di tangka ke-13 dalam kategori kematian harian tertinggi.

Tiada ulasan: