Nickyson Nyambar
Hari
ini, tular gambar kononnya kenyataan media yang mendakwa UMNO Johor
telah mengisytiharkan untuk tidak mempunyai hubungan dengan Pas dan
Bersatu.
KUALA LUMPUR :
UMNO Johor di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad
menafikan telah mengeluarkan kenyataan memutuskan hubungan dengan Pas
dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Melalui
perkongsian di laman Facebook rasmi UMNO Johor pada Jumaat malam,
pihaknya mengesahkan bahawa kenyataan tersebut adalah palsu.
"UMNO
Johor ingin menegaskan bahawa Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri
Johor, Datuk Hasni Mohammad tidak pernah mengeluarkan kenyataan
sedemikian rupa dan UMNO Johor ingin menafikan sekeras-kerasnya bahawa
kenyataan yang tersebar di media sosial ini adalah PALSU," katanya.
Hari
ini tular gambar kononnya kenyataan media yang mendakwa UMNO Johor
telah mengisytiharkan untuk tidak mempunyai hubungan dengan Pas dan
Bersatu.
"Untuk memastikan kerajaan negeri terus diketuai oleh UMNO maka ADUN PKR, Amanah dan DAP
sedang dirunding bagi bersama kerajaan termasuk memegang jawatan Exco Kerajaan Negeri," kata kenyataan palsu berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan