Bernama
Ongkili berkata PBS akan terus berdiri teguh di belakang Muhyiddin dan kerajaan yang diterajui Perikatan Nasional. - Foto fail
KOTA KINABALU:
Perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini
membuktikan bahawa kerajaan berada dalam kedudukan yang selamat, kata
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk
Seri Dr Maximus Ongkili.
Justeru Presiden
Parti Bersatu Sabah (PBS) menggesa rakyat Sabah agar bertenang di
tengah-tengah gerakan politik oleh pembangkang di peringkat Persekutuan.
"Perdana
Menteri telah berkata usul undi percaya kepadanya untuk menentukan
keabsahannya sebagai Perdana Menteri akan dibentangkan di Dewan Rakyat
pada 6 Sept, dan kami akan mengundi. Semua Kabinet (menteri) berada di
belakang beliau dan kami yakin Perdana Menteri akan terus meraih
majoriti," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Ongkili
yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu berkata pembangkang sengaja
menimbulkan kekecohan semasa sidang Parlimen baru-baru ini untuk
'mengganggu' usaha kerajaan memerangi penularan COVID-19 yang bagi
pembangkang adalah perkara kedua.
"Sudah
jelas bahawa usaha memerangi COVID-19 adalah perkara kedua bagi
pembangkang. Mereka hanya dahagakan kekayaan dan terus menimbulkan
kekacauan... mereka bukan hanya mengganggu sidang Parlimen, tetapi juga
menjejaskan usaha kerajaan untuk memerangi virus maut ini," katanya.
Ongkili
berkata PBS akan terus berdiri teguh di belakang Muhyiddin dan kerajaan
yang diterajui Perikatan Nasional, dan tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) parti itu akan terus bekerja keras dan menyokong pemimpin, baik
di peringkat Persekutuan dan negeri.
"PBS
akan terus menyokong Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri
Hajiji Noor. Bagi kita, keutamaan adalah untuk memerangi COVID-19. Dan
untuk kerajaan berfungsi dengan baik, ia memerlukan kestabilan untuk
terus bekerja dan meningkatkan ekonomi negara, serta kesejahteraan
rakyat," katanya lagi.
Sementara itu,
Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Seri Dr Jeffrey
Kitingan berkata pembangkang mesti berhenti bermain politik dan
membenarkan Pelan Pemulihan Negara dilaksanakan untuk rakyat pulih
daripada cabaran COVID-19.
Ahli Parlimen
Keningau itu berkata pihaknya menyokong penuh kerajaan sekarang yang
diterajui Muhyiddin, dan gangguan politik berterusan boleh melemahkan
usaha kerajaan untuk mengawal penularan pandemik itu dan membantu
pemulihan ekonomi.
"Apa yang menyedihkan
saya ialah semasa sidang Parlimen, pihak pembangkang berkeras mahu
bermain politik dan tidak menyumbang apa-apa untuk memerangi COVID-19.
"Apa
yang kita perlukan sekarang ialah adalah komitmen kerajaan yang tidak
berbelah bahagi untuk memastikan Malaysia berada di jalan yang betul ke
arah pemulihan ekonomi di samping sentiasa mengingati untuk menjaga
kepentingan rakyat," kata Timbalan Ketua Menteri Sabah itu dalam
kenyataan.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan