HALAMAN SANTAI

Ahad, 8 Ogos 2021

Kumpulan baju hitam berjuang demi Anwar rancang berhimpun lagi

 

Jurucakap penganjur Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) Mohd Asraf Sharafi Mohd Azhar yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pemuda Amanah Sabah.

Penganjur himpunan baju hitam merancang untuk keluar berdemonstrasi sekali lagi pada 21 Ogos ini di ibu negara walaupun kes jangkitan Covid-19 tinggi direkodkan di Kuala Lumpur dan Selangor ketika ini.

Jurucakap penganjur Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) Mohd Asraf Sharafi Mohd Azhar yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pemuda Amanah Sabah berkata, himpunan lebih besar akan diadakan memandangkan kes Covid-19 semakin tinggi dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) didakwa lemah dalam menguruskan krisis Covid-19 yang sedang dihadapi negara.

“Kerajaan ini ternyata gagal dan mereka yang mempunyai kuasa mesti menyedari bila untuk melepaskan jawatan dan membolehkan mereka yang lebih berkelayakan untuk memimpin.

“SSR sedia untuk turun ke jalanan sekali lagi pada 21 Ogos ini jika Muhyiddin (Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin) enggan melepaskan jawatannya,” kata Asraf dipetik portal Malaysian Insight hari ini.

Mohd Asraf yang juga aktif berkempen bersama Presiden Amanah, Mohamad Sabu di Sabah sebelum ini berkata langkah untuk turun berhimpun ke jalan raya demi memilih pemimpin yang berwibawa untuk memimpin negara.

“Kami akan menganjurkan tunjuk perasaan secara besar-besaran kali ini.

“Turun ke jalanan bukan satu pilihan jika kami mempunyai seorang pemimpin yang berwibawa. Jawapan sebenar buat seorang pemimpin yang mementingkan diri sendiri adalah tunjuk perasaan di jalanan,” ujarnya lagi.

Sabtu lalu, kumpulan baju hitam berkumpul di luar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, selepas mereka dihalang oleh polis daripada memasuki Dataran Merdeka yang mana mereka bercadang untuk membuat tunjuk perasaan.

Peserta baju hitam himpunan haram yang kebal Covid-19 nyata kecewa apabila idola mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak hadir bersama berhimpun sebaliknya hanya Naib Presiden PKR, Tian Chua yang turun memberi sokongan.

Laporan media di lapangan menemui bekas Ahli Parlimen Batu tersebut yang turut memakai baju hitam dan berjalan bersama-sama dengan peserta himpunan, beliau bagaimanapun tidak memberikan ucapan semasa himpunan tersebut.

Nyata terlihat kekecewaan anak muda berbaju hitam yang setia menunggu Anwar sejak awal pagi, namun mujur lah Chua hadir untuk memberi sokongan moral kepada para peserta himpunan.

Himpunan yang berlangsung kira-kira dua jam sejak pukul 11 pagi itu turut disertai oleh Ketua Pemuda Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan, Asmaaliff Abdul Adam.

Selain itu kelibat beberapa pengasas Parti MUDA iaitu Naib Presidennya, Dr. Thanussha Francis Xavier dan Mutalib Uthman serta Setiausaha Agung, Amir Abdul Hadi juga dilihat bagaimanapun ketuanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak kelihatan tetapi mengirimkan doa selamat menerusi akaun Twitternya.

Himpunan baju hitam disertai sekumpulan individu dengan membawa sepanduk mengkritik dan mengecam kerajaan Perikatan Nasional (PN), mereka juga membawa sepanduk yang senada dengan ucapan Ketua Pembangkang di Parlimen baru-baru ini.

Tiada ulasan: